Ceritera Hamil : Pengalaman Hamil 2nd Trimester

Sedar tak sedar dah habis dah 2nd trimester Aten hamil. Cepatnyaaaaa :O
2nd trimester ni Aten rasa fasa yang sangat sibuk bagi Aten. Sampai keluarlah 3 blogpost. Hehehe

Dalam fasa 2nd trimester ni jugak lah, Aten belajar banyak benda mengenai hamil. Rupanya bukan senang ye nak jaga diri dan bayi ketika hamil. Dekat 2nd trimester ni jugaklah perut Aten naik mendadak. Barulah nampak macam hamil dengan perut maju kehadapan. Hahahaha
Perkara yang perlu dilakukan di 2nd trimester hamil :
Detailed Scan

Detailed Scan bayi pada usia 5 bulan dalam kandungan. Time ni korang boleh check kepala dan otak bayi, muka termasuk profil bibir, jantung, dada termasuk diafragma, abdomen termasuk buah pinggang, pundi kencing dan perut; tulang belakang, dan anggota badan termasuk tangan dan kaki.


Ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test)
MGTT dilakukan untuk mendiagnosis penyakit diabetes terutama untuk ibu yang sedang hamil. Ujian ini akan mengesan samada mereka penghidap kencing manis (diabetes) atau tidak. Risiko diabetes sangat tinggi dalam kalangan ibu hamil.

BSP (Blood Sugar Profile)
Ni yang korang perlu buat bila korang kantoi MGTT. Hahahaha. Kira BSP ni membantu untuk kita kawal sugar intake harian kita lah. BSP ni korang boleh lah cover tipu2 nombor dia, tapi bila buat ujian HbA1c ni tak boleh dah nak tolong korang. Alhamdulillah ujian HbA1c Aten berada dalam normal range. So, tak perlu lah pergi hospital. Hehehe
Pengalaman 2nd trimester Aten?
2nd trimester Aten bagi Aten quite memenatkan daripada 1st trimester. Bila Aten rasa penat, time tu jugak lah Aten carik food nak makan sebab lapar dan nak hilangkan penat. Hehehe. 2nd trimester jugak lah berat Aten yang naik agak banyak sebab tak dapat nak kawal nafsu makan. Craving masa 2nd trimester tersangatlah banyak! Aiskrim Mcdonalds kalau boleh nak hari, cake Chocolate Indulgence Secret Recipe, Bihun Tomyam, Roti Telur, Ayam Penyet Wong Solo. Kadang2 tu, makan ayam penyet hari-hari pun takpe. Air manis pun minum banyak sampai la kantoi MGTT. Tapi kantoi lebih sikit je. Hehehe. Sampai lah doktor Azira dari Klinik MyFamily by MySonoworld warning suruh control makan. Lepas dah kena warning tu baru lah berat tu dah tak naik sangat, Hehehe. Bila perut dah maju kehadapan ni, bila berjalan jauh sikit, dah terasa mengah sikit. Lagi-lagi bila naik tangga, fuhh rasa macam berlari 500meter non stop. Lepastu terus carik air manis nak bagi elok balik. Bila dah hujung 2nd trimester jugaklah tidur jadi tak selesa. Kejap mengiring ke kiri kejap mengiring ke kanan. Nasib baik Feeq ada belikan maternity pillow. Hehehe.

0 comment... add one now