Ceritera Hamil : Susahnya Kawal Nafsu Makan bila Hamil !

Susahnya Kawal Nafsu Makan bila Hamil ! 
Peningkatan berat badan dan pregnancy cravings memang tak dapat dipisahkan terutamanya kepada ibu hamil. Aten juga mengalami benda ni. 
Trimester pertama semuanya normal. Berat naik sikit je dan craving nak makan banyak benda tu takde lagi. Dalam trimester pertama, doktor Aten dari klinik MyFamily by MySonoworld suggestkan Aten untuk makan kekacang seperti walnut, almond ; buah-buahan seperti berries, strawberri dan blueberry , kurma, susu, yogurt, salmon oil, supplement yang bersesuaian.

Tapiiii, berat Aten naik mendadak bila masuk trimester kedua. Bila nampak food je rasa nak makan walaupun dah kenyang. Kuikui. Bila dah plan nak makan nasi lemak untuk breakfast, jangan harap lah boleh tukar dah makan roti canai ke apa. Nanti terbayang-bayang nasi lemak dalam kepala otak. Hahahaha. Coklat, cake, aiskrim jangan cakap lah. Kalau boleh nak hari-hari. Kat rumah memang ada stok aiskrim bila tiba-tiba teringin nak makan. Kalau pergi mall, wajib singgah McDonalds beli aiskrim dorang. Dapat yang Sundae Cone tu pun cukup asalkan sejuk. Hahaha. Setiap kali pergi klinik checkup baby sumpah nervous bila nak timbang berat badan. Hasilnya, setiap bulan maintain naik 3 bulan. Hahahaha.
Bila dah masuk trimester ketiga ni, doktor Aten dah bagi warning untuk kawal berat badan Aten. Mentang-mentang pregnant semua benda nak makan tak kira pagi petang siang malam. Kuikui. Makanan dan minuman yang Aten selalu amalkan masa trimester kedua, doktor tak bagi sentuh langsung. Contohnya air milo. Masa trimester kedua boleh dikatakan hari-hari Aten minum air milo bancuh sendiri banyak2 dalam jug lepastu sejukkan minum sampai ke malam. Mungkin tu salah satu sebabnya berat Aten naik. Bila Aten follow apa yang Dr Azira suruh makan dan tak, berat Aten masa checkup bulan 7 naik 1kg je. Nak tak nak kena lah cuba kawal nafsu makan walaupun susah gilaaaaa. Rasa nak makan semua yang ada depan mata. Hehehe. Rabu ni checkup dekat Klinik MyFamily by MySonoworld. Fuhhhh! Seram nak timbang berat :3

1 comment... add one now

qaseh dalia qaseh dalia 04 April, 2018
Hahah sama lah dulu , time dah dekat due , memang asyik nak mengunyah je keje .. baby pun keluar 3.45 kg ahaks ..