Ceritera Hamil : Pengalaman Minum Air Gula untuk Ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test)

Alhamdulillah sedar tak sedar dah 24 minggu #LittleFF ada dalam perut Aten. Betapa besar kuasa Allah mampu hadirkan insan kecil dalam perut kita ni. Terasa diri ni kerdil sangat. Tapi apa-apa pun, Aten sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah dah kurniakan kat Aten ni.
Jadi, semalam Aten pergi ke Klinik MyFamily by MySonoworld untuk MGTT (Modified Glucose Tolerance Test)  untuk tahu Aten ada GDM atau tak. GDM stand for Gestational Diabetes Mellitus-kencing manis ketika hamil dan checkup baby 6 bulan.
Apa itu Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) ?
MGTT dilakukan untuk mendiagnosis penyakit diabetes terutama untuk ibu yang sedang hamil. Ujian ini akan mengesan samada mereka penghidap kencing manis (diabetes) atau tidak. Risiko diabetes sangat tinggi dalam kalangan ibu hamil. Bagi Aten, ni sangat perlu untuk kita mengawal paras gula dalam badan kita ketika hamil. Ibu-ibu pun kena jaga kesihatan jugak kan untuk jaga baby yang akan dilahirkan nanti :')
Prosedur untuk MGTT test :
Untuk prosedur MGTT (modified glucose tolerance test), Aten diminta untuk puasa dari malam (depends checkup pukul berapa). Kalau checkup awal, malam tu korang kena puasa awal lah. Kalau checkup lambat, puasa pun start lambat sikit lah. 
Then, keesokan harinya, darah akan diambil buat pertama kali untuk diuji kandungan glukosa menggunakan Accu-Chek Active Blood Sugar. Fuhhh Aten punya debar2 tu lain macam. Yela, sejak pregnant ni, asyik craving benda manis je. Hahhaha. So, result gula Aten 4.4 mmol/L. Alhamdulillah okay tapi gigil la tak makan. Biasa kalau lapar sikit je, kunyah kismis ke, cereal milo ke. Hahaha.
Kemudian, Aten perlu minum air glukosa yang disediakan - 75 mg glukosa dalam 200 ml air kosong. Sedap weh air gula kat Klinik MyFamily by MySonoworld ni. Perasa blueberry. So, takde la struggle sangat nak minum. Hehehe. Ingatkan lepastu boleh makan dah, tapi kena puasa lagi 2 jam. Sampai rumah Kak Ruby tidur sat sementara tunggu 2 jam tu. Hahaha.
Dua jam kemudian, darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap toleransi Aten pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah. Resultnya, 8.1 mmol/L. A bit tinggi lah. Kira Aten berpotensi untuk dapat diebetes lah. Jadi, Aten kena lah buat BSP (Blood Sugar Profile) selama 5 hari untuk check kandungan gula dalam darah Aten.  
Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :
FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L
2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal : < 7.8 mmol/L
Reference Range
Normal : < 7.8 mmol/L
Impaired : 7.8 mmol/L - 11.0 mmol/L
Diabetic : 11.1 mmol/L
Biasanya ibu-ibu yang punya bacaan yang berhampiran atau pada borderline akan di minta melakukan ujian sekali lagi. Manakala ibu-ibu yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L akan di rujuk untuk melakukan ujian BSP dan seterusnya mendapat nasihat doktor.
Mengapa Perlu Menjalani Ujian MGTT?
Diabetes disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan hormon insulin yang mencukupi. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah dan membolehkan badan kita menyimpan gula yang tidak diperlukan serta-merta untuk menghasilkan tenaga.
Badan kita perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi semasa kita sedang hamil, terutamanya daripada kira-kira bulan kelima iaitu ketika tumbesaran bayi sedang berlaku dengan pesat. Jika badan kita tidak dapat menyaingi perkembangan ini, kita mungkin akan menghidap diabetes gestasi.
Bayi memerlukan gula dalam bentuk glukosa untuk membantunya membesar, tetapi terlalu banyak gula pula boleh menyebabkan badannya lebih besar daripada yang sepatutnya, terutamanya pada bahagian bahu, dada dan abdomen. Keadaan ini dikenali sebagai makrosomia yang bermaksud "badan yang besar".
Akibatnya, mungkin sukar bagi kita melahirkannya secara normal nanti kerana bahunya yang besar mungkin akan tersangkut. Bayi yang terlalu besar berkemungkinan perlu dilahirkan secara pembedahan caesarean.
Di antara 2 dan 14 peratus wanita hamil menghidap diabetes gestasi. Dalam kebanyakan kes, apa yang kita perlu untuk mengawal diabetes ialah dengan mengikuti diet yang sihat dan bersenam. Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes, wanita-wanita ini terpaksa menyuntik diri mereka dengan insulin untuk mengawal penyakit ini.
Salah satu tanda diabetes gestasi ialah terlalu banyak gula dalam air kencing. Ini mungkin dikesan melalui ujian air kencing rutin semasa hamil tetapi ia tidak lagi disyorkan sebagai cara yang terbaik untuk mengesan masalah diabetes.
Fatin, kamu kena jaga diet kamu! 
Jadi, doktor suruh Aten jaga diet Aten. 6 bulan Aten pregnant ni, berat Aten naik 10kg. Hahahahaha. Terasa macam penguin dah bila berjalan. Hahaha. Doktor suruh Aten avoid makan pisang which is Aten makan hari2 sebelum ni. Buah-buahan yang boleh dimakan ialah delima dan anggur. Air milo dan seangkatan dengannya pun kena cut dah. Kismis yang Aten makan hari-hari pun kena stop. Kurma pun boleh 1 biji sehari selang 1 hari. Kalau nak minum air buah tu, kena order yang tanpa gula. Fuhhh! Bersenam tu yang penting. Selama 6 bulan ni asyik skip-skip je kan pusing taman. Soooo, azam baru untuk bulan yang akan datang ialah pusing taman setiap pagi menghirup udara segar di Lake Valley BTHO. Gituew. Hahaha. 

2 comments.. read them below or add one

Yanty Lee Yanty Lee 08 February, 2018
Take care ye dear.. cant wait Fatin Jr.