Ceritera Hamil : Pemeriksaan Blood Sugar Profile (BSP) Ketika Hamil

Selepas Aten kantoi MGTT haritu (lepas 2 jam minum air gula : result gula 8.1 - lebih sikit dari range yang diberikan) , Dr Azira dari Klinik My Family by MySonoworld nasihatkan untuk Aten check Blood Sugar Profile harian Aten. Fuhhh! Mencabar gilaaaaaa nak kena cucuk ambik darah sendiri check sendiri. Nak suruh Feeq cucukkan dia pun takut jarum. Hahaha.

Untuk check BSP ni, Aten check guna Accu Chek Active mama punya. Fuhhh jimat takya beli baru. Hehehe. Dr Azira nak pantau gula harian Aten. Jadi, Dr suruh check sendiri tak kisah selang sehari ke selang dua hari. Dah habis nanti kena jumpa Dr untuk follow up result BSP. Jadi Aten buat selang sehari lah. Tak nak tunggu lama2. Nak tau jugak gula dalam badan Aten ni normal ke apa kan.

Lepas 2 minggu cucuk jari sendiri untuk check gula. Aten rasa gula dalam badan Aten normal. Jadi, haritu bila jumpa Dr Azira untuk follow up, Dr Azira sangat berpuas hati dengan result BSP Aten. Alhamdulillahh. Hehehe.

Tapi Dr Azira sarankan Aten untuk teruskan buat BSP ni. Untuk pantau paras gula dalam darah Aten sepanjang hamil ni. Seminggu 2 hari. Ok Aten sahut cabaran Dr Azira ! Hehehe

Normal range untuk Blood Sugar Profile (BSP)
  • Pre breakfast (1 hour before breakfast) = <5.0mmol/L
  • Pre lunch (1 hour before lunch) = <6.0mmol/L
  • Pre dinner (1 hour before dinner) = <6.0mmol/L
  • Post dinner (2 hour after dinner) = 6.0mmol/L

Haritu jugak ada buat test untuk HbA1c. So, next check up boleh tau lah result Aten. Fuhhh nervous! 

2 comments.. read them below or add one

Jueliza Jamani Jueliza Jamani 06 March, 2018
BSP ni lemah sebab kena cucuk 4x sehari.. malas nak pergi klinik cucuk sndiri.. siap sanggup beli alat check tu.. hehehhe
Justunique Justunique 21 March, 2018
Badan yang sihat dan kuat baru boleh jamin untuk lahir anak yang sihat. Jadi perlulah menguatkan diri sebelum bersalin.