Ceritera Hamil : #LittleFF is a Boy !

#LittleFF is a boyyy!
Yeayy memang naluri seorang ibu kot Aten dapat rasa baby yang Aten kandung ni baby boy. Sebab aktif semacam je dalam perut Aten ni bergerak-gerak. Hehehe. 

Alhamdulillah Aten dan Feeq syukur gila dengan pemberian Allah ni. Kitorang memang tak kisah baby ni laki atau perempuan. Yang penting, #LittleFF sihat walafiat bila lahir nanti dan menjadi penyeri dalam kehidupan harian Aten dan Feeq nanti.
Scan jantina bayi boleh dilakukan ketika kandungan berusia seawal 5 bulan. Fuhhh! Sumpah nervous bila nak checkup di Klinik MyFamily by MySonoworld untuk tahu gender baby walaupun naluri kuat mengatakan baby boy. Nasjb baik baby behave dan memberi kerjasama untuk bagitau dia ni laki ke perempuan. Hehehe. Dengan kepakaran sonographer dok belek-belek perut Aten akhirnya nampak la bebird #LittleFF dan sah lah naluri Aten yang mengatakan baby ni baby boy. Alhamdulillahhhh!

Dengan lahirnya #LittleFF ni nanti, makin meriah la rumah Aten. Hahaha. Tak cukup 1 baby yang sedia ada kat rumah ni, bertambah 1 lagi baby dalam perut Aten. Hekhek. Adik beradik Aten pulak tak sabar nak menyambut anak buah pertama dorang. Setiap kali balik rumah mama ayah, adik Aten yang kecik tu tanya bila baby nak keluar. Hahaha. Tak sabar nak naik pangkat semuanya. Kahkahkah.

Sempat la Aten buat video nak reveal gender #LittleFF. Jemput tengok video ringkas Aten ni. Hehehe.

0 comment... add one now