Ceritera Hamil | Pengalaman Bersalin di HUKM (PPUKM)

SABTU 26.5.2018
Sabtu 2pagi 26 Mei 2018 yang me-nervous-kan seorang Aten. Cukup 10 bulan #LittleFF dalam perut Aten. Its the day Aten kena serah diri kat hospital untuk proses bersalin walaupun takde tanda-tanda nak bersalin. On the way ke HUKM (sekarang dikenali sebagai PPUKM - Pusat Perubatan UKM), tipu lah Aten cakap Aten tak nervous. Eh bukan nervous je lah. Semua jenis perasaan ada lah. Orang kata mixed feeling gitueew. Hehehe.

Pukul 9.30 pagi Aten sampai register then pukul 10 pagi masuk wad. Wad Intan. Kalau ikut direction mesti sampai punya lah. Hehehe. Elok je masuk wad letak barang, tukar baju apa semua, nurse datang buat checkup scan jantung baby, isi borang apa tah tak ingat :3 Lepastu doktor datang explain pasal stretch & sweep (simple procedure untuk memulakan kelahiran bayi) 

Gedebuk gedubak dah pukul 12 lunch time. Makan nasi, sayur bayam, ikan masak tomato, sup kosong, buah tembikai dengan air kosong. Habis je lunch, pergi bilik prosedur untuk buat stretch & sweep. Prosedur stretch & sweep ni doktor masukkan foley balloon catherer untuk dilatekan cervix Aten. Sakit gila weii kena seluk bawah tu. Nasib doktor perempuan tu kecik je. Dah letak foley balloon catherer tu baru la ada bukaan 1cm. Dah letak benda alah tu baru lah Aten start rasa contractions. Sakit rupanya. First time rasa contraction. Hahahahaha. Time ni boleh lagi tengok phone scroll twitter IG.
Sekarang ni senang je ada apps tinggal nak tekan-tekan je. Takya susah nak tulis2 dah. Hehehe. Apps yang Aten guna Pregnancy +. Semua lengkap tinggal nak record je. Tips penting masa hamil semua ada. Hari2 Aten bukak apps ni untuk tau perkembangan #LittleFF . Then pukul 3.30 petang doktor check lagi. Bukaan masih 2cm. Bila dah bukaan 2cm, contractions makin kuat dan kerap. Nak tidur pun tak selesa. Kuikui. Sedar2 dah pukul 6 petang dinner sampai. Makan nasi, sayur bunga sawi, rendang ayam, sup kosong, pudding mangga dengan kurma. Pukul 7.30 petang contraction stop kejap. Very minor lah. Tak sakit sangat macam sebelum ni. Time ni lah Aten tidur. Tidur penting okehh sebelum nak bersengkang mata nak jaga #LittleFF bila lahir nanti. Hehehe.
AHAD 27.5.2018
Seawal 1 pagi dan 3 pagi hari ahad, nurse datang untuk check BP Aten. Alhamdulillah semua normal. Tapi tidur dah tak berapa nak lena dan nervous sebab hari ahad ni merupakan hari yang sepatutnya Ammar lahir.
Pukul 5 pagi camtu nurse datang untuk check heartbeat baby. Then sambung tidur. Pukul 7 breakfast dah sampai makan keau tiau goreng dengan hot choc. Awal nau breakfast pukul 7. Hahaha. Then pukul 8 tu masuk bilik prosedur untuk doktor cabut belon sebab belon tu taknak jatuh sendiri. Maknanya bukaan still 2cm tak berubah dari semalam. So, doktor seluk cabut belon tu dan masukkan ubat prostin, orang kata induce la ni. Lepastu bersihkan diri mandi. Pukul 11 pagi tu kena seluk lagi nak check bukaan 3cm. Lepastu sambung rehat. Rehat  ke? Dok menahan contractions je. Tapi lagi better dok hadap contractions daripada kena seluk. Fuhhh! Pukul 12 lunch. Tak ingat makan apa. Hahahaha. Pukul 1.30 doktor seluk lagi dan finallyyyyyy dah 4cm bukaan tapi air ketuban tak pecah lagi. Ingatkan kena tunggu lagi lah. Rupanya doktor tu masukkan batang apa tah untuk pecahkan air ketuban. Wehhh sakit la gilaaaaaa! Sampai sekarang seram bila teringat bila kena pecahkan air ketuban :3 Then dalam 2.30 gitu masuk labor room. Doktor bagi makan ubat ape tah untuk buang semua benda dalam perut sebelum beranak. Disebabkan Aten ni seorang yang jenis tak tahan sakit, Aten mintak epidural injection (pain relief) tapi lepas inject sama je sakit dia. Kuikui. Nak ambik injection epidural ni nak kena isi borang tau. Kira bagi permission kita untuk cucuk dekat spinal cord. 
Lepas 5 jam dok tahan contractions, tepat pukul 7.38 malam, Ammar pun lahir. Doktor tunjuk baby kat Aten kejap then doktor ambik baby pergi bersihkan. Ingat lagi time tu bulan puasa. Elok lepas azan maghrib Ammar lahir. Nurse pun bukak puasa lebih kurang then check bukaan dah 10cm dan guide Aten untuk push. Dah dalam labor room, segala benda yang korang baca untuk push baby tak ingat dah. Asal boleh baby keluar selamat sudah. Hahahah. Ada koyak sikit then doktor jahit. Lepas settle semua, nurse bagi makan biskut kering dengan air milo.
ISNIN 28.5.2018
Cam biasa pukul 1 pagi nurse datang check BP Aten. Pukul 3 pagi check BP Aten. Doktor check baby. Pukul 7 pagi breakfast nasi goreng kampung, chicken popcorn dengan hot chocolate. 8 pagi nurse tolong mandikan baby siapkan ajarkan Aten acano nak mandikan baby apa semua. Almaklumlah first timer. 
Sedar-sedar dah berbedung dah Ammar. Cepat nau nurse tu buat kerja. Elok je Ammar takde nanges2. Yang kelakarnyaaa, bila ada baby lain nanges, haaa Ammar pun nanges sekali berjemaah. Ada 4 baby time tu elok je empat2 nanges. Support member kot. Hahaha. 9am doktor datang check Aten dan baby semua ok. Pukul 12 lunch . Then, pukul 1 gitu nurse datang cakap dah boleh checkout. Feeq g bayar fee bersalin. Then dalam pukul 3 lebih gitu Aten checkout dari HUKM dengan tittle baru iaitu mummy Aten! Hehehe

Total kos Aten bersalin dekat HUKM tak sampai RM1k. Yang penting semuanya selamat. Alhamdulillah. Saja tulis post ni untuk kenang-kenangan. Mana tau nanti lupa boleh refer post ni ye dak. Terima kasih sape yang sudi baca post ni :')

List blog Ceritera Hamil Aten (boleh search tag Ceritera Hamil) :

1. Alhamdulillah, Im Pregnant! 
http://www.fatinbella.com/2017/12/ceritera-hamil-alhamdulillah-im-pregnant.html

2. Kisah Berdebar First Trimester
http://www.fatinbella.com/2018/01/ceritera-hamil-kisah-berdebar-first.html

3. Pengalaman Minum Air Gula
 http://www.fatinbella.com/2018/02/ceritera-hamil-pengalaman-minum-air.html

4. Detailed Scan Baby di Klinik MyFamily by MySonoworld
 http://www.fatinbella.com/2018/02/detailed-scan-baby-di-klinik-myfamily.html

5. Pemeriksaan Blood Sugar Profile (BSP)
http://www.fatinbella.com/2018/03/ceritera-hamil-pemeriksaan-blood-sugar.html

6. Pengalaman Hamil 2nd Trimester
http://www.fatinbella.com/2018/03/ceritera-hamil-pengalaman-hamil-2nd.html

7. Susahnya Kawal Nafsu Makan !
http://www.fatinbella.com/2018/04/ceritera-hamil-susahnya-kawal-nafsu.html

8. Gender Reveal
http://www.fatinbella.com/2018/04/ceritera-hamil-littleff-is-boy.html

9. Pengalaman Hamil 3rd Trimester
http://www.fatinbella.com/2018/05/ceritera-hamil-pengalaman-hamil-3rd.html

10. #LittleFF Lahir
http://www.fatinbella.com/2018/05/assalamualaikum-sayang-mummy-muhammad.html

11. Pakej Ultrasound Scan Klinik MyFamily by MySonoworld
http://www.fatinbella.com/2018/12/ceritera-hamil-pakej-ultrasound-scan.html

12. Pengalaman Bersalin di HUKM (PPUKM)
http://www.fatinbella.com/2019/02/pengalaman-bersalin-di-hukm-ppukm.html

0 comment... add one now