Ceritera Hamil : Alhamdulillah I'm Pregnant !

Ceritera Hamil : Alhamdulillah I'm Pregnant ! | Satu perasaan yang tak dapat digambarkan bila Aten dapat tau Aten hamil. Sebak, terharu, gembira dan macam2 lagi. Mixed feeling. Memang setiap pasangan yang berkahwin akan mengimpikan saat-saat begini. Tipulah kalau Aten cakap korang kawen tapi korang taknak ada anak sendiri. Betul tak?

Rasa macam tak percaya bila Aten tengok result UPT (Urine Pregnancy Test) haritu. Alhamdulillah selepas 9 bulan berkahwin dengan Feeq, kitorang dikurniakan rezeki anak. Tipulah tak berdebar. Tipulah tak gembira. Walaupun 9 bulan lepas berkahwin baru dapat rezeki ni dikira lambat dan mama Aten keep asking tak lekat lagi ke, Aten percaya rezeki masing-masing berlainan. Kalau ada, ada lah kan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

24 September 2017, pagi tu Aten bangun dengan perasaan berdebar-debar. Orang kata kalau nak check mengandung biar waktu pagi bangun tidur. So bangun pagi tu Aten terus check. Memandangkan ni merupakan pengalaman pertama Aten, Aten terus refer kat satu blogger yang Aten rapat iaitu blogger Ruby. Aten dapat agak Aten pregnant bila bulan 9 tu Aten tak datang period. Memandangkan Aten aktif bersukan dan berlari, Aten ambik keputusan untuk check UPT. Yela, mana tau Aten pregnant lepastu aktif melompat sana sini lepastu keguguran. Menyesal pulak rasa nanti. Percaya atau tak, malam sebelum Aten check UPT tu, elok je Aten berbasikal pusing 1 Putrajaya. Fuhh! 
25 September 2017 - Keesokannya Aten dan Kak Ruby ke satu klinik ni, berdekatan dengan rumah Kak Ruby. Sebelum ni Kak Ruby pun pernah buat check up kat sini. Jadi Aten pun setuju untuk buat check up kat sini. Klinik MyFamily by MySonoworld. 
Kecik comel je klinik tapi semua ada! TV ada. Aircond ada. Menggigil jgk la menunggu turn Aten. Hahaha. Sampai je klinik MyFamily by MySonoworld, Aten isi borang. Fuhhh! Nervous ada, rasa macam tak percaya pun ada. Yela, lepas ni perjalanan hidup Aten sure berubah punya.
Sekarang ni teknologi semua dah canggih, nak tengok baby 3D 4D pun bolehh. Tapi Aten ni baru lagi hamil, jadi boleh tengok menggunakan 2D Scan je. Kat klinik tu dorang tampal senarai harga ultrasound ibu hamil MySonoworld. Bagi Aten, harga yang dorang tawarkan sangat reasonable dengan servis yang dorang sediakan. Mahal kot machine tu. Klinik MyFamily by MySonoworld bukan hanya untuk checkup ibu hamil tapi boleh jugak pemeriksaan kesihatan yang lain seperti pemeriksaan bayi, vaksin, pemeriksaan darah, pemeriksaan perut, pelvis dan macam-macam lagi.
Bila turn Aten je, Doktor yang incharge untuk checkup Aten, Doktor Azira bawak Aten ke bilik scanning. Disebabkan Aten baru je 5 minggu hamil, baby masih tak nampak lagi. Hanya nampak kantung baby je.
Lepastu Aten ke consultation room, Doktor Azira ambik details Aten semua. Check blood pressure, ambik darah nak check HB semua lah. Doktor pun peramah. Bagitau apa yang Aten kena makan dan apa yang Aten patut elakkan. Overall, memang sangat memuaskan!
Lepas habis checkup tu, staff MyFamily by MySonoworld bagi Aten capsule salmon oil untuk Aten makan selain daripada Folic Acid yang Aten memang consume dah lama. Lepas ni no more diet. Hehehe. Makan makan dan makan!
Video Aten dan Feeq sepanjang checkup kitorang. Jemput tengok! :D

Sekarang ni Aten dah 15 weeks pregnant. Alhamdulillah setiap masa Aten masa hamil ni sangat bermakna sebab ni merupakan pengalaman pertama Aten hamil. Perut pun tak nampak sangat lagi. Doakan perjalanan hamil Aten dipermudahkan. Macam tak percaya Aten bakal jadi seorang mummy! Hehehe. Any tips guys time hamil ni? Boleh komen dekat bawah ni. Muah ciked ! :*

6 comments.. read them below or add one

Eyqa Hasnan Eyqa Hasnan 04 December, 2017
Alhamdulillah.. Tahniah Aten dan Feeq!
mama tisya mama tisya 04 December, 2017
Tahniah aten.. Br smlm terdetik ms tgk gmbr yg posing ngan mascot melvita nmpk mcm aten pregnant rupanya btul.. Take care
Ejam Othman Ejam Othman 04 December, 2017
Alhamdulillah, tahniah buat Aten dan Feeq.
Jaga diri dan kesihatan baik-baik, jangan lasak sangat yer.

Semoga segala urusan dan perjalanan kehamilan Aten dipermudahkan dan dilindungi-Nya.
Ruby Ruby 04 December, 2017
Tahniah atennnnn. Hahaha