Ceritera Hamil : Kisah Berdebar First Trimester

Sedar tak sedar dah hampir 5 bulan Aten pregnant. Aten percaya masing-masing mempunyai kisah yang berlainan di sepanjang perjalanan tempoh mengandung korang. Betul tak?

Aten pun ada cerita tersendiri dalam first trimester mengandung Aten. Cerita yang buat Aten berdebar-debar, risau dan jgk kelakar. Bila ingat balik sengih2 je sorang2. Hahaha
Kantung kosong! T.T 
Aten ingat lagi time ni merupakan visit yang kedua Aten di MyFamily Klinik Ampang selepas Aten dapat tau Aten pregnant. Doktor kata minggu ke-7 dah boleh nampak embryo dalam kantung baby kat atas tu tapi bila scan haritu kantung kosong. Perasaan Aten? Tipu lah tak sedih. Tapi Aten positif mungkin terlalu awal Aten scan. Lain orang mungkin lain perkembangan baby.

2 hari kemudian, doktor dari MyFamily Klinik Ampang suruh datang untuk buat test hormon. Nak check pertambahan level BHCG (Beta Human Chorionic GonadotropinAten. Dalam masa 2 hari, level BHCG Aten mesti bertambah dua kali ganda. 

Urat tangan halus sangat!
Hari Aten kena ambik darah untuk buat hormon test tu ada pulak dugaan lain. Doktor cari urat Aten untuk cari jarum tak jumpa. Hahaha. Macam kelakar lah jgk. Tapi doktor kata Aten ni kecik orangnya so urat pun malu-malu nak keluar. Sampai kena tutup lampu bilik doktor guna pen lampu nak tau kedudukan urat Aten. Hahaha. Tapi disebabkan haritu denggi 2 tahun hari2 kena cucuk selama 8 hari so ambik darah ni nothing la bagi Aten. Hahaha. 3 kali jgk kena cucuk baru berjaya ambik darah. Hahaha.
Alhamdulillahhh selepas seminggu buat hormon test, doktor suruh datang balik scan baby dan dah nampak embryo dan juga yolk sac. Time tu rasa syukur gilaaaaa. Semua lah ada bila dapat tengok ni :')

Alahan? 
Alahan Aten tak teruk sangat. Cuma tak tahan bau bahan mentah macam ikan ayam apa semua tu. Belum lagi time nak menggoreng. Perghhhh rasa nak mual nak muntah tu membuak-buak.

Memandangkan ni merupakan pengalaman pertama mengandung Aten, Aten mengambil keputusan untuk tak aktif bergerak atau banyak bergerak sebab takut rahim Aten tak kuat dan boleh menyebabkan keguguran. Sukan berlari, zumba, berjoget semua Aten tolak tepi. Hanya light walk je doktor bagi. Tangga pun tak naik dah. Punya berjaga-jaga. Alhamdulillah Aten berjaya mengharungi first trimester dengan jayanya. Korang doakan Aten tau :') :*

{ 8 comments.. read them below or add one }

Cik Ash Cik Ash 03 January, 2018
tahniah aten semoga dipermudahkan urusan mengandung ni..
Bro Framestone Bro Framestone 03 January, 2018
Tahniah aten, patut la dah lama xjumpa dia... Eh, Feeq dah scan lum? Tengok dalam kantung dia ada apa hahahah
Amanda Suria Amanda Suria 03 January, 2018
Tahniah aten..aten ni jenis aktif..jumpa kat event Nee Zealand taste ari tu pun aktif..x nampak macam org preggy..happy for u....
Diana Rashid Diana Rashid 03 January, 2018
Tahniah..jaga diri baik2..
Cik Puan Ena Cik Puan Ena 03 January, 2018
Tahniah faten..jaga kandungan baik2. Nnti boleh refer cn ntk mudah bersalin

https://tinynasweet.blogspot.my/2017/11/petua-mudah-bersalin-dan-cepatkan.html?m=1
Kak Mahh Kak Mahh 03 January, 2018
Tahniah Aten. Jaga diri
Mrs FaRa Mrs FaRa 03 January, 2018
Xmoh lasak2 taw... Xsbr tgk baby ateen... 😍
Sue Izza Sue Izza 03 January, 2018
Insya Allah moga di permudahkan,jaga diri k.