Hi
readers kesayangan Aten,
Cuaca
sekarang ni panas je kan. Aten ni haa duk rumah pun still rasa panas. Apatah
kalau keluar rumah, pelembap muka dan pelembap bibir dan air mineral sentiasa
ada dengan Aten. Yela, sebagai seorang perempuan mesti lah nak menjaga
kecantikan dan kesihatan muka. Ye dak?
Haritu
Aten berkesempatan untuk membuat rawatan muka di Hannan Medispa Ampang. Korang
pernah dengar tak? Aten pun baru-baru ni je tau pasal Hannan Medispa. Rupanya
dah banyak outlet yang ada. Hannan Medispa Ampang, Seremban, Terengganu,
Rawang, Kuantan, Kota Bharu, Bangi dan banyak lagi. Hannan Medispa Ampang menawarkan khidmat kecantikan untuk
masalah kulit kusam, jerawat, jeragat & juga khidmat pelangsingan
menggunakan teknologi terkini dari USA, Jerman dan Korea pada harga yang
berpatutan.
Mengenai
Hannan Medispa :
Dr Hannan Mohd Yusof telah menubuhkan Hannan
Medispa pada tahun 2012 sebagai pusat Kecantikan yang memberi tumpuan
terutamanya di muka, jerawat dan terapi pigmentasi dan pelangsingan tubuh
badan. Pada tahun 2017, Hannan Medispa kini mempunyai 17 cawangan di seluruh
semenanjung Malaysia termasuk Hannan Medispa Ampang. Hannan Medispa Ampang
adalah salah satu cabang daripada Hannan Medispa yang mempunyai keunikan mereka
sendiri menjadikan mereka berbeza dan khas dari cawangan lain.
Ni
yang korang akan Nampak bila masuk Hannan Medispa Ampang. Cantik kan? Simple je
dekorasi tapi Nampak elegan. Bila Aten masuk Hannan Medispa ni rasa macam masuk
rumah sendiri sebab Hannan Medispa ni dibuat di dalam banglo. So, memang akan
fefeeling tengah rehat dalam rumah la gituhh. Hehehe.
Apa yang menariknya dengan Hannan
Medispa Ampang?
- Hannan Medispa Ampang menyediakan rawatan berkualiti pada harga yang berpatutan. Antara rawatannya adalah mengenai penjagaan kulit, pelangsingan, terapi badan, terapi pemutihan, waxing dan terapi kuku dan kaki.
- Analisis muka dan rundingan akan diberikan secara eksklusif oleh perunding kecantikan dalam menyediakan rawatan yang terbaik untuk mereka.
- Jaminan untuk kepuasan pelanggan kerana Hannan Medispa Ampang sangat bersemangat dalam memahami permintaan pelanggan dan keperluan dalam menyediakan rawatan yang terbaik dengan menggunakan teknologi terkini.
- Hannan Medispa Ampang dikendalikan oleh pakar yang mempunyai latar belakang yang kukuh dalam industri farmaseutikal. Perunding kecantikan terlatih dan berpengalaman dalam menyediakan perkhidmatan dan hospitaliti terbaik. Ini akan memastikan keselamatan kepada pelanggan mereka
- Hannan Medispa Ampang terletak di tengah-tengah bandar, strategik dan mempunyai akses yang mudah ke mana-mana sahaja
- Kemudahan ruang parkir yang banyak dan luas
- Bagi umat Islam, perkhidmatan di Hannan Medispa Ampang berlandaskan syariah, spa muslimah. Produk-produk yang digunakan di sini adalah halal tanpa ragu-ragu. Staff spa terdiri daripada wanita Islam. Bilik yang digunakan untuk pelanggan lelaki dan wanita adalah berbeza. Ahli terapi wanita akan mengenakan sarung tangan ketika merawat pelanggan lelaki.
- Ruang bermain untuk kanak-kanak. Baby and kids friendly spa
Masuk je bilik consultation terus teruja tengok mesin canggih yang ada
kat sini. Mesin tu ambik gambar kita 3 kali dan kat monitor keluar gambar macam
ni. Total result muka kita. Mesin ni akan scan muka kita tengok muka kita
berminyak ke, kering ke, dah tau kita punya spot tu besar ke kecik, dapat tau
skala kedutan di muka kita mengikut umur kita. Overall, muka Aten ok cuma
kering. Mungkin disebabkan kurang pakai moisturizer, sun screen dan kurang
minum air. Selepas dah scan muka, doctor akan suggestkan untuk kita rawatan
yang mana bersesuaian dengan Aten. Rawatan yang Aten buat di Hannan Medispa
ialah OXYCRYO.
Rawatan
Oxycryo yang Aten buat hanyalah mengambil masa 45 minit. 45 minit yang sangat
relaxing. Memang kalau datang sini memang confirm boleh hilang stress bekerja.
Siap boleh tidur lagi masa buat treatment. Memang confirm akan segar bugar
lepas habis treatment. Hehehe. Rawatan Oxycryo adalah semua tentang penyebatian
oksigen dan penyelesaian ke dalam kulit kita. Menggunakan mesin oxycryo diimport khas dari Korea,
terapi itu terdiri daripada 4 langkah utama, ia adalah selamat untuk digunakan
tanpa kesan sampingan. Basically, rawatan ni dia akan infuse oxygen, solution
dan serum ke dalam kulit muka kita. Jangan risau takde cucuk-cucuk. Sejuk je
buat treatment. Memang sangat menyenangkan. Habis je treatment memang akan
dapat rasa perubahan pada kulit. Bila pegang kulit muka sendiri dah takde rasa
kasar-kasar. Kulit jadi lembut dan lembap. Alhamdulillah Aten sangat berpuas
hati dengan rawatan dan layanan dari Hannan Medispa Ampang. Will definitely
come again here! *.*
Senarai
harga mengikut jenis rawatan. Facial
murah, lagi banyak session lagi murah wehh! Affordable spa packages.
Hannan
Medispa pun ada produk penjagaan kulit
mereka tersendiri tau. Aten ada cuba sun screen dorang. Memang best sebab ada
moisturizer sekali. So , tak perlu dah pakai 2-3 kali. Memang jimat masa! :D
Hannan
Medispa Ampang
Alamat
:
301, Jalan 3, Ampang Utama
Ampang, Kuala Lumpur
Email
: hannanmedispa.ampang@gmail.com
Website : http://www.hannanmedispa.com.my/
Contact
: 013-263 5007 / 03-42656442
Operation hours : 10AM – 10PM
8 Comments
Wah nak pergi spa ni
ReplyDeleteMkin cantiklah akak fatin nnti
ReplyDeleteAdik spa dekat rumah je.guna face relaxing treatment
ReplyDeleteWow.bagus untuk kaum muslimah
ReplyDeleteWow look like not bad ya. Can do my facial treatment in secret place hehehe
ReplyDeleteI really like their spa environment. Nice and clean. Gotta check them out!
ReplyDeleteBestnya the treatment =D The environment too looks clean and spacious!
ReplyDeleteMacam mane?ada nampak kesan tak selepas buat tremnt?
ReplyDelete