Mission Foods yang dikenali ramai
sebagai antara jenama snek sihat kini menampilkan kerepek dengan dua perisa
baharu - multigrain serta jagung dan
beras.
Diperbuat 100 peratus daripada
jagung, kedua-dua perisa baharu ini mengandungi 30 peratus kurang minyak
daripada kerepek kentang, tiada bahan pewarna, perasa tambahan atau pengawet
dan kerepek Mission pastinya memberi anda kelebihan untuk menikmatinya lebih
daripada satu paket.
Dengan meningkatnya minat
masyarakat hari ini dalam semua perkara yang melibatkan kesihatan seperti
pengambilan makanan yang betul, makan secara positif, dan makanan yang
berkhasiat, hari ini orang ramai dilihat mencari makanan yang diperkaya dengan
bahan-bahan nutrien seperti oat, kacang soya dan bijan hitam yang semakin popular.
Serat, asid lemak omega-3, vitamin
dan mineral adalah kata kunci bagi mereka yang ingin menikmati makanan ringan.
Di sinilah kerepek Mission
multigrain serta jagung dan beras memainkan peranan - kerepek Mission
multigrain diperbuat daripada jagung yang diperkaya dengan khasiat seperti oat,
kacang soya, bijan putih dan hitam, serta biji rami yang memberikannya rasa
kacang yang tersendiri dan teksturnya yang kasar menjadikannya makanan ringan
ideal dengan gaya yang sendiri dan juga kesihatan yang seimbang.
- Oat yang sememangnya mengandungi banyak manfaat kesihatan turut membantu mengawal tahap gula dalam darah dan untuk membuang toksin di dalam badan. Oat juga dapat meningkatkan penghadaman dan merupakan sumber protein yang baik.
- Kacang soya yang membantu memberi tenaga dalam badan dan jantung turut memperbaiki pencernaan dan kesihatan tulang, dan turut meningkatkan fungsi metabolik.
- Bijan hitam dan putih yang menambah rasa kacang pada kerepek terbukti menggalakkan kesihatan, bersifat anti penuaan dan turut mengandungi lemak yang sihat seperti Omega-6 dan asid lemak.
- Biji rami yang mengandungi asid amino dan Omega-3 juga dilihat dapat membantu meningkatkan kesihatan otak.
Bagi mereka yang mencari makanan
ringan bebas gluten, anda bolehlah mencuba kerepek Mission jagung dan beras. Diperbuat daripada jagung yang
dicampur bersama limau dan juga beras, ia memberikan rasa ringan dan anda boleh
menikmatinya tanpa rasa ragu-ragu.
Rasa kerepeknya yang ringan dan
seimbang membolehkannya dinikmati dengan apa juga jenis pencicah sama ada yang
pedas, berkrim atau pekat.
“Kepelbagaian kerepek tortilla kami
menjadi kegemaran ramai dan kami ingin menggembirakan mereka dengan tambahan
dua perisa terbaharu ini yang pastinya lazat dan sempurna untuk mereka yang
ingin lebih sihat dengan menikmati makanan ringan. Perisa baharu ini turut
diperkaya dengan khasiat serta nutrien dan pastinya setiap gigitan anda akan
menikmatinya tanpa rasa ragu-ragu,” kata Randall Tan, Pengurus Jenama Mission
Foods Asia Tenggara.
Kedua-dua kerepek Mission
multigrain serta jagung dan beras ini juga boleh dinikmati bersama sos pencicah
buatan sendiri atau dibeli di kedai untuk dikongsi bersama ahli keluarga semasa
musim perayaan atau apa juga majlis keraian.
Mission Food juga akan mengedarkan
sampel percuma di pasaraya-pasaraya yang mengambil bahagian. Selain itu untuk
promosi musim perayaan, dengan setiap pembelian dua paket kerepek perisa
terbaharu ini anda akan mendapat bekas ketuhar gelombang mikro secara percuma. Lebih banyak sebab untuk anda
mencuba kerepek Mission!
Selain kerepek multigrain serta jagung dan beras, perisa-perisa lain yang boleh
dapati ialah asli, keju, tomato, bbq, mentega dan bawang putih, serta pedas dan
berempah.
Boleh didapati dalam dua bungkusan
bersaiz
65g : RM2.99
170g : RM6.99
Untuk maklumat lanjut
mengenai kerepek Mission anda boleh layari laman sesawang
www.missionfoods.com.my
1 Comments
Hmm syedapnyee.. nak beli lah nanty !
ReplyDelete