Movie Review | Fallen (2016)

Sinopsis Fallen 2016 :
Mengisahkan tentang seorang gadis muda yang bernama Lucinda Price. Lucinda baru sahaja dimasukkan ke sekolah Sword & Cross, sekolah untuk mereka-mereka yang bermasalah atau nakal. Namun Lucinda bukanlah gadis seperti itu. Dia dipaksa masuk ke sekolah itu gara-gara satu kes pembunuhan ketika dia di tempat kejadian walaupun dia bersumpah tidak melakukannya. Walaupun begitu, Lucinda tetap harus berada di sekolah tersebut. Hingga kemudian Lucinda menyedari bahawa dirinya selalu diperhatikan oleh 2 lelaki misteri iaitu Cam dan Daniel. Cam dan Daniel merupakan malaikat yang telah turun ke Bumi dimana salah satu dari mereka telah jatuh cinta pada Lucinda selama beribu tahun.

Trailer Fallen 2016 : 

Review Fallen 2016 :
Cerita Fallen merupakan adaptasi dari sebuah novel. Cemana tau? Baca komen orang dekat trailer lah. Hahahaha. Rasa mcm tak ramai tau pasal cerita ni. Aten tau pun sbb rajin bukak apps TGV Cinema. Hahaaha.  First of all sebab Aten nak tengok cerita ni ialah hero dan heroin cerita damn hot pretty gorgeous handsome sado. Perghhhh! Tak jemu tengok Jeremy Irvine. Hot gila dia weh dalam cerita ni. Sorry sis tak boleh move on lagi dengan ke-handsome-an Jeremy Irvine. Perfect! Hahaha. Memula tengok trailer ni tengok macam cerita hantu. Gelap je siap ada asap-asap. Yang membuatkan Aten tertarik nak tengok time Lucinda ni sengaja jatuhkan diri dari bangunan depan Jeremy Irvine lepastu si Jeremy ni selamatkan dia dengan kepak bercahaya. Malaikat rupanya dia ni. Hahahaha. Well, mula-mula cerita ni macam quite boring sebab jalan cerita slow. Dah klimaks tu best pulak cerita ni. Hehehe. Takde nak komen banyak pun, cerita ni okay-okay je. Ending je tergantung. Aduhhh. Menci betul bila ending tergantung ni. Hahaha. Soo, kalau nak tengok,  tengok je jangan percaya k sebab ni cerita dari novel je pun. Aten bagi 6 bintang dari 10 bintang. Hehehe. 

Post a Comment

1 Comments