Keayuan Semula Jadi Dalam 5 hari dengan Deeja Cosmetic

Makin hari makin banyak beauty product yang dikeluarkan di Malaysia kan? Haritu Aten ada cuba produk dari Deeja Cosmetic. Jom baca apa yang best mengenai Deeja Cosmetic ni! :D

Deeja Cosmetic merupakan satu produk yang dirumus khas daripada bahan-bahan semulajadi dan herba-herba terpilih. Deeja Cosmetic ni sesuai untuk semua jenis kulit. Contoh, kulit sensitif, jerawat, jeragat, pigmentasi, berminyak, blackhead, bintik-bintik halus dimuka dan lain-lain lagi. Jom tengok apa yang ada dalam Deeja Cosmetic ni :D
Deeja Cosmetic terdiri daripada 5 iaitu :
  1. Sabun Pembersih Muka
  2. Krim Siang (SPF 50)
  3. Krim Malam
  4. Krim Nano
  5. Toner Nano
Sabun Pembersih Muka (RM12 WM/RM15 EM)
  • Mengandungi lobak yang mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit dari sinaran matahari
  • Menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu untuk mendapatkan kulit yang cerah
  • Mengandungi susu untuk memberi kesan kesegaran dan kelembutan pada kulit
  • Mengandungi air mawar untuk mengatasi kulit kering
  • Mengecutkan jerawat
  • Mengatasi lebam bawah mata (eyebag)
Krim Siang (RM28 WM/RM30 EM)
  • Vitamin E di dalam kacang almond membantu mencegah kerosakan kulit akibat pancaran sinar UV pada kulit.
  • Mengekalkan kulit awet muda sentiasa (anti aging)
  • Mengandungi biji tomato yang mempunyai Vitamin C dan E serta mengandungi anti kuman yang sangat ampuh dalam membasmi kuman
  • Membantu mengecilkan pori-pori yang terbuka
  • Membantu membuang kesan minyak berlebihan pada wajah
  • Mengandungi Aloe Vera yang membantu mengatasi masalah kulit kering
Krim Malam (RM28 WM/RM30 EM)
  • Mempunyai Alpha Hidroxy Acid untuk meningkatkan produksi kolagen
  • Melembutkan dan menghaluskan tekstur kulit
  • Memperbaiki kerosakan radikal bebas
  • Efektif untuk merawat kulit normal kering
  • Mengurangkan garis dan kedutan halus di wajah
  • Memperbaiki kulit kusam kerana sinaran matahari
Krim Nano (RM28 WM/RM30 EM)
  • Mengandungi kunyit untuk menghilangkan jeragat/pigmentasi
  • Membantu menanggalkan sel kulit mati pada wajah
  • Memudarkan parut jerawat pada wajah
  • Menaikkan aura seri wajah yang kusam dan gelap
  • Mengandungi minyak jojoba yang membantu mencegah pertumbuhan bakteria
Toner Nano (RM22 WM/RM25 EM)
  • Mengatasi lebam bawah mata
  • Mengandungi air mawar sebagai agen anti penuaan pada wajah
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mengecilkan liang pori
  • Mengatasi masalah kulit kering
  • Mencerahkan wajah yang kusam
Harga untuk 1 set : RM85.00 WM / RM90.00 EM
Cara Penggunaan Deeja Cosmetic
Krim Malam dan Krim Nano
Sebelum tidur, bersihkan muka dengan sabun, urut perlahan dan bilas bersih. Setelah muka dilap kering sapukan krim malam secara nipis sahaja ke seluruh muka. Kemudian sapukan pula krim nano secara nipis ke seluruh wajah sebagai lapisan kedua.

Krim Siang
Di waktu pagi, bersihkan muka dengan sabun, urut perlahan dan bilas bersih. Setelah muka dilap kering, sapukan krim siang ke seluruh muka untuk perlindungan dari sinar UV.

Toner Nano
Digunakan sebelum memakai krim malam & krim siang

PERHATIAN PENTING UNTUK KULIT SENSITIF
Diawal penggunaan, dinasihatkan agar memakai krim malam selang satu hari supaya dapat dilihat reaksi pada kulit. Jika tiada masalah, teruskan penggunaan tetapi jika masalah jarakkan penggunaan kepada selang 3 hari. Reaksi mungkin berbeza mengikut jenis kulit.
Review Deeja Cosmetic
Produk buatan Malaysia yang sangat berkesan dan harga berpatutan sesaui la untuk student macam Aten. Aten dah pakai produk ni 3 minggu. Alhamdulillah tak mengecewakan. Aten paling suka Sabun Pembersih Muka dari Deeja Cosmetic. Wangi je. Hehehe. Gigih tau Aten pakai step by step sebab Aten tengok review yang sebelum-sebelum ni semuanya menampakkan kesan. Untuk pengetahuan korang, Aten ada masalah kulit kering. Air mineral tu wajib la minum banyak-banyak setiap hari, Kalau tak, rasa kasar je kulit. Tapi lepas mengamalkan penggunaan Deeja Cosmetic, kulit pun makin lembab. Biasa kalau keluar rumah mesti tepek compact powder, tapi lepas pakai Deeja Cosmetic, keluar rumah gitu je. Takdepun tepek2 bedak dah. Hehehe. Overall, Aten sangat berpuas hati dengan Deeja Cosmetic. Memang hebakkk ah founder Deeja Cosmetic ni. *clap-clap*

Untuk maklumat lanjut :
DEEJA COSMETIC
Contact number : 019 694 5950

Post a Comment

1 Comments

  1. Terbaik r Aten.. Abe Eraz pun dah terjebak sama dengan DC ni..

    ReplyDelete