Simply Strawberry Garrett Popcorn


Hi korang !

Berjumpa lagi kita di dalam entry Garrett Popcorn! Hhehehe

Hari Ibu dah tak lama lagi dah tau. Lagi 2 3 hari je ni.  Korang dah beli hadiah untuk ibu korang? Mesti korang taktau nak belikan apa untuk ibu korang? Haaaa, sempena sambutan Hari Ibu yang bakal tiba ni, Garrett Popcorn di seluruh Malaysia telah melancarkan popcorn edisi terhad yang berperisa strawberi yang diberi nama Simply Strawberry. Popcorn berperisa strawberi? Sangat rare kan? First time tau Aten dengar popcorn berperisa strawberi terus Aten beli. Hehehe


Popcorn Simply Strawberry kali ini dibuat menggunakan buat strawberi segar yang telah dikeringkan dan dibekukan untuk mendapatkan warna merah jambu semulajadi. Aroma buah strawberi memang akan dapat dirasai dan apabila makan Simply Strawberry ni memang akan ada rasa creamy yang mesti akan membuatkan korang nak makan, makan dan makan lagi :D

Simply Strawberry boleh didapati di Garrett Popcorn pada 27 April 2016 sehingga 29 Mei 2016 yang dibuat khas untuk meraikan ibu-ibu di Malaysia. So guys, pergi serbu Garrett Popcorn dan  hadiahkan Simply Strawberry kepada ibu-ibu korang untuk menyatakan sayang korang pada ibu korang. Setahun sekali je kan. Cepat cepat !



Mama Aten memang minat giler dengan strawberry dan popcorn. Kalau keluar tu, mesti beli lah Garrett Popcorn. Jadi, Simply Strawberry sangat sesuai dengan dia. Tersenyum happy dia bila Aten hadiahkan Simply Strawberry dekat dia. Best kan bila dah buat orang kita sayang tersenyum? Ohh, lupa pulak nak bagitau. Mama Aten tak suka muka dia di-expose, so Aten amek gambar dia pegang Garrett Popcorn je. Hehehe. Kalau nak kenal dengan mama Aten, jangan lupa datang wedding Aten tau. Hehehe


Simply Strawberry edisi terhad dari Garrett Popcorn ni dibuat secara handmade setiap hari sebagai satu penghormatan yang manis sempena sambutan Hari Ibu yang bakal tiba ni. Simply Strawberry juga sesuai dimakan dengan keluarga tersayang ataupun dengan kawan-kawan rapat korang samada di rumah, ketika berpiknik ataupun sambutan kemasyarakatan seperti sambutan hari jadi. Ia merupakan salah satu cara yang baik untuk menikmati Garrett Popcorn secara beramai-ramai.




Garrett, tercipta di dalam sebuah kedai kecil di 10 West Madison Street, Chicago, Amerika Syarikat, telah menghasilkan popcorn yang menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan Signature Blend of non-GMO kernels sejak tahun 1949 lagi tau. Terkenal sebagai jenama popcorn asli di seluruh Amerika Syarikat dan Asia, Garrett Popcorn akan memastikan setiap pembuatan popcorn dibuat secara handmade setiap hari untuk kesegaran maksimum. Setiap popcorn disaluti dengan resipi rahsia yang telah diturunkan melalui 3 generasi untuk memastikan rasa Garrett Popcorn dari Chicago, Amerika Syarikat, tidak berubah sejak 1949. Hebat!

Harga Simply Strawberry Garrett Popcorn boleh didapati dari Small Signature RM17.00 ke Large Signature RM29.00 dan untuk Tin Quart RM40.00 dan 1 Gallon  RM110.00.


Garrett Popcorn Shops di Malaysia berlokasi di Lot G001-B, Ground Floor (opposite Starbucks), Mid Valley Megamall; Lot C15I, Concourse Floor, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre; L2-112, Level 2, gateway@klia2, Kuala Lumpur International Airport 2, Sepang, Selangor and Ground Floor, 1Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor (ditutup buat sementara waktu untuk pengubahsuaian).

Untuk maklumat lanjut, layari http://garrettpopcorn.com.my/
Jangan lupa like Fb page dorang sekali tau https://www.facebook.com/GarrettPopcornMY/ . Kalau korang nak tau kt mana kedai Garrett Popcorn boleh klik  link ni :

Raikan ibu korang dengan membelikan Simply Strawberry dari Garrett Popcorn. Pasti mereka tersenyum gembira :')

Post a Comment

12 Comments

  1. My husband got this from his client as a gift a few weeks ago. I sat down and started eating and didn't stop! Only left abit for my husband. hahah Would not recommend to someone on a diet. this stuff is addictive.

    ReplyDelete
  2. I really to snack popcorn as it's easy to carry and sweet. Will check this out when I got back to KL... ^.^

    ReplyDelete
  3. yeah.. i like pop corn...just new to this brand ,may give a try later!!

    ReplyDelete
  4. Never try the Strawberry flavour before! Would love to try that =D

    ReplyDelete
  5. I tried the Garrett popcorn from a fair and it is nice.

    ReplyDelete
  6. It must be an awesome flavour to have strawberry style popcorn.

    ReplyDelete
  7. NAKKKKKKK.... aduh, where's my popcorn la :( sad die.

    ReplyDelete
  8. Strawberry flavor??? I never try this yet. Seem I should go a grab this flavor.

    ReplyDelete
  9. Strawberry flavor?? Must try this, my favorite :)

    ReplyDelete
  10. Dapnya makan garrett popcorn. hehe. Tpi i still suka classic caramel!

    ReplyDelete
  11. I have tried this once you start you cant stop till finish the whole tin.

    ReplyDelete
  12. Omg i want!!!!! Must ask my hubby to belikan for me! Thanks so much for sharing!

    ReplyDelete