Kasut memainkan peranan yang sangat
penting dalam kehidupan seharian kita. Ianya sudah menjadi antara yang paling
asas untuk setiap orang miliki. Cuba anda bayangkan jika anda keluar dari rumah
tanpa mengenakan kasut. Anda pasti akan dipandang oleh orang sekeliling dengan
pandangan yang penuh hairan!
Terdapat banyak jenis kasut wanita
terkini di luar sana dalam pasaran bersama pelbagai rekaan menarik dengan stail
yang berbeza. Namun slippers ataupun selipar masih menjadi antara pilihan
kegemaran ramai wanita kerana sifatnya yang versatile dan sangat mudah untuk
dipakai bagi yang sukakan stail penampilan yang ringkas. Ianya juga merupakan
pilihan terbaik untuk dipakai ketika bercuti terutamanya di tepi pantai dan
pulau.
Namun sebelum anda dapatkan selipar
yang baru terdapat beberapa tips cara memilih selipar wanita terbaik yang anda harus ketahui.
- Beli flip flop for women yang berkualiti tinggi dan bahan yang lembut untuk mengelakkan iritasi ataupun kesan melepuh.
- · Bengkokkan flip flop tersebut untuk memastikan ia bengkok di bahagian bawah tapak kaki berdekatan dengan jari. Kasut yang baik tidak boleh dilipat!
- Cuba kasut itu dan pastikan jari anda tidak terkeluar daripada saiz flip flop.
- Dapatkan flip flop yang kukuh untuk mengelakkan tapak kaki anda daripada kelihatan kasar seperti kaki atlet ataupun penyakit ketuat kaki.
- Jangan pakai berterusan untuk tempoh yang terlalu lama. Jika sudah rosak, buang sahaja.
Selain daripada itu, adakah anda tahu bahawa selipar juga boleh dijadikan
sebagai bahan untuk menghasilkan perhiasan? Ianya menjadi pilihan ramai
terutamanya di luar negara menjadi flip flop door decoration terutamanya ketika
hari-hari perayaan tertentu!
Menarik bukan?
Malah terdapat laman sesawang yang boleh ajar kita cara membuat selipar
ataupun DIY flip flops yang cukup mudah!
1 Comments
Ni sindir ke apa ni? hahaha
ReplyDelete