Jom Cabar Diri dengan Warriors Challenge 2017 !

Hi semua!

Soooo, Aktiviti sukan apa yang korang dah daftar atau plan dalam masa terdekat ni? Contoh macam marathon ke hiking ke apa. Ada tak? Kalau takde, Aten nak ajak korang daftar masuk aktiviti Warriors Challenge 2017 November ni!

Warriors Challenge 2017 merupakan acara yang dianjurkan oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dengan penganjuran bersama Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), disokong penuh Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Acara ni merupakan perlumbaan halangan yang bertemakan ketenteraan di Malaysia.
Acara ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin menguji ketahanan dan kekuatan fizikal & mental diri mereka dalam merasai cabaran bercirikan latihan ketenteraan. Kita juga dapat merasai sendiri pengalaman menyertai latihan ketenteraan yang tidak dapat diperolehi di mana-mana. Tak sabar Aten nak join sebab tak pernah pun dapat try semua ni. PLKN pun tak dapat. Sedih gila rasa. Bukan apa, bila kita join aktiviti macam ni, kita dapat tahu kemampuan diri kita takat mana. Menyihatkan tubuh badan kita bila bersukan. Selain itu, kita dapat masuk UPNM dan cuba sendiri halangan yang dimiliki oleh UPNM. Ingat senang-senang je ke dapat cuba. Bila dah peluang macam ni, memang tak boleh lepaskan lah! Dengar cerita dah lebih 500 peserta yang join Warriors Challenge 2017 ni tau. Soooo, bila korang dah join nanti, boleh lah buat networking dengan peserta lain. Mintak tips dari yang otai ke. Yang paling best, mesti la dapat cuci mata. *.*
Di entry Aten sebelum ni [SINI] , Aten ada bgtau Warriors Challenge 2017 akan ada 6 cabaran ketika perlumbaan nanti. Jangan takut kalau korang tak lepas cabaran halangan  dorang ni sebab denda yang dikenakan kalau korang tak lepas cabaran halangan ni ialah korang hanya perlu buat burpees 15 kali je. Mudah kan? Yang penting kita kena enjoy je tau :D
Sedikit introduction video tentang apa yang korang akan buat on that day! 
OMG cant wait! :D
Selain dapat menyihatkan tubuh badan kita, pihak Warriors Challenge 2017 turut menyediakan pelbagai hadiah yang menarik untuk korang semua! Hadiah cabutan bertuah up to RM20k tu :O Hadiah untuk peserta terawal pun best! Tapi Aten memang surrender awal2 lah. Aten target dapat TV ke drone ke apa pun cukup dah. Hehehe. 

Hadiah peserta terpantas tiba di finishing line adalah ikut timing individual. Peserta akan diberi pakai bib number yg ada timing chip, serupa macam dalam marathon. So, letss do this guys! 

Masih ada masa lagi untuk daftar tau korang. Klik http://www.warriorschallenge.com.my. Setiap peserta akan menerima sebuah beg, sehelai baju, dan pingat penyertaan.

Post a Comment

0 Comments