Warriors Challenge 2017

Ada tak antara korang yang dah bosan berlari on the road? Ataupun mahu sesuatu yang lebih mencabar untuk uji kekuatan diri sendiri? Warriors Challenge it is! Guyssss, Warriors Challenge is back for the second time!

Warriors Challenge 2017 merupakan acara yang dianjurkan oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dengan penganjuran bersama Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), disokong penuh Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Program ini turut mendapat tajaan dari AffinBank Group dan Genting Malaysia sebagai penaja utama. Perlumbaan bertemakan ketenteraan yang telah masuk tahun kedua penganjuran ini akan berlangsung pada 11 November 2017 (Sabtu) bertempat di Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM). Pelancaran program ini akan dilakukan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia.

Program ini merupakan acara rintis dalam perlumbaan halangan yang bertemakan ketenteraan di Malaysia. Acara ini terbuka kepada mereka yang ingin menguji ketahanan dan kekuatan fizikal & mental diri mereka dalam merasai cabaran bercirikan latihan ketenteraan. Objektif program ini adalah untuk memberi peluang terutamanya orang awam untuk merasai sendiri pengalaman menyertai latihan ketenteraan yang tidak dapat diperolehi di mana-mana. Golongan muda juga diharapkan dapat memupuk kesedaran terhadap pengorbanan atau sumbangan para anggota tentera kepada negara tercinta ini. Di samping itu, acara ini juga merupakan salah satu usaha bagi membantu pihak Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengutip dana Tabung Pahlawan 2017 melalui sebahagian kutipan yuran akan disalurkan kepada dana tabung bertujuan membantu anggota veteran ATM yang kurang bernasib baik, balu dan anggota perkhidmatan lain yang memerlukan perhatian. Sambil kita berlumba secara sihat, kita juga dapat beramal membantu mereka yang memerlukan.
Cabaran yang akan dihadapi oleh setiap peserta terdiri daripada enam cabaran iaitu yang pertama, larian Di atas Jet Float yang memerlukan para peserta berlari di atasnya sejauh 100 meter dan berkemungkinan mereka akan jatuh ke dalam tasik. Cabaran kedua pula adalah perlumbaan berhalangan yang mengandungi 10 halangan disediakan sepanjang 2 kilometer perlumbaan. Seterusnya, cabaran ketiga diteruskan dengan pendakian Bukit Besi sejauh 3.5 kilometer dan untuk kepuncaknya para peserta perlu melakukan Rock Climbing yang dilabelkan sebagai cabaran keempat. Cabaran kelima pula memerlukan para peserta merentas desa sejauh 2.4 kilometer sebelum mengakhiri perlumbaan dengan cabaran keenam iaitu memikul 20 kilogram beg pasir atau 25 kilogram kayu balak ke garisan penamat.
Cara untuk menyertai Warriors Challenge ni mudah je. Peserta yang ingin menyertai akan dikenakan yuran sebanyak RM90 bagi individu dan RM550 bagi sebuah pasukan (mempunyai bilangan sebanyak tujuh orang ahli). Peserta juga perlu berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun. Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian melalui laman sesawang, http://www.warriorschallenge.com.my. Setiap peserta akan menerima sebuah beg, sehelai baju, dan pingat penyertaan.

Pihak penganjur menjemput dan sangat mengalu-alukan kelab-kelab sukan dan rekreasi dalam kalangan syarikat swasta dan GLC begitu juga orang awam untuk turut serta menyertai dan menjayakan Warriors Challenge 2017.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Meor Muhammad Hariz @ 016-3385856

Post a Comment

0 Comments