Bianco Mimosa Melangkah ke Pentas New York

Rasa sangat bertuah bila dapat melawat butik Bianco Mimosa yang berlokasi di Sungai Buloh. Haritu Aten merupakan antara yang terawal dapat melihat koleksi T'Amore dari Bianco Mimosa. Jadi, Aten datang ke butik untuk lihat lebih dekat koleksi raya mereka ni. Klik [SINI] untuk melihat koleksi baju raya Banco Mimosa di Lebaran Fashion Trends 2017 baru-baru ni.
Just WOW! Masuk je dalam butik Bianco Mimosa, Aten sangat teruja dengan dekorasi dalaman butik ni dan sususan kain mereka. Sangat teratur dan cantik. Nampak mewah sangat. Macam syurga kain gituhh. Hehehe. Baru tau, Bianco Mimosa juga ada menjual kain pasang. Ingat jual baju yang dah siap je. Menarik!
Dato' Hjh Ida Suraya
Dato' Hjh Ida Suraya merupakan founder Bianco Mimosa. Bianco Mimosa ditubuhkan pada 26 April 2013 dengan visi untuk menjadi salah sebuah butik fesyen paling berprestij tanah air dan sehingga kini semakin berkembang bukan sahaja di dalam negara tetapi tidak lama lagi akan ke peringkat antarabangsa. Bianco Mimosa dijadikan sebagai tanda nama kepada jenama ini yang diambil daripada bahasa Itali yang menyaksikan Bianco membawa maksud putih (H ouses Couture Atelier) manakala Mimosa pula adalah nama saintifik bagi tumbuhan semalu. Bila dapat meluangkan masa dengan Dato' Hjh Ida Suraya, Aten sangat kagum dengan kebolehan, ilmu dan pengalaman yang beliau ada. Beliau sangat komited dengan butik kepunyaan beliau demi melahirkan koleksi-koleksi pakaian yang sangat cantik dan lain dari lain. Bianco Mimosa terkenal dengan fabrik yang digunakan. Bianco Mimosa merupakan butik fesyen yang turut menyediakan koleksi `ready to wear', Bianco Mimosa turut mengambil inspirasi daripadapereka fesyen dari luar negara dan fabrik yang digunakan jugadidatangkan khas daripada pelbagai lokasi di luar negara termasuk dari Itali, Perancis, United Kingdom (UK), Turki, Afrika Selatan, India, Vietnam dan pelbagai lagi.  Bianco Mimosa juga beroperasi di dua buah cawangan iaitu di Busana Mall, Kuala Lumpur termasuk di Pusat Komersial TSB, Sungai Buloh, Selangor (Ibu Pejabat).
Koleksi Baju Raya T'Amore 2017 dari Bianco Mimosa :
  • Aiskrim  [Price range RM299-RM399] Mempunyai 10 design
  • Romantic Garden [Price range RM630-RM679] Mempunyai 5 design 
  • Elegant- velvet lace dari europe diperincikan dengan pearl. Mempunyai 5 design. Harga bermula RM1499.
Koleksi T'Amore juga dibuat untuk lelaki. Bianco Mimosa mereka kurta untuk lelaki. Kurta dari Bianco Mimosa menggunakan fabrik dari Giorgio Armani, Itali. Korang nak baju melayu pun boleh. Datang ke butik mereka dan tempah.
Satu fakta yang korang kena tahu bila korang menggayakan baju dari Bianco Mimosa : Contoh kalau baju korang ada manik tercabut, korang boleh bawa baju korang tu ke butik dan mereka akan repair baju korang tu tanpa bayaran!
THE TALE OF ‘TONGKANG YARD’ KE PENTAS NEW YORK

Tidak pernah gagal meraih perhatian ramai menerusi sentuhan rekaan busananya yang memukau, Bianco Mimosa hadir sekali lagi dengan seleksi koleksi adi busana (couture) terbaru untuk memenuhi citarasa wanita yang berkelas tinggi. 
Dihasilkan oleh Dato Ida Suraya Mustapha, koleksi dinamik kali ini yang terdiri daripada 12 adi busana kesemuanya, memberi titik tumpu pada kelainan dan kekuatan jenama Bianco Mimosa itu sendiri dalam seni adi busana merentasi masa berbanding koleksi-koleksi yang pernah dihasilkan sebelum ini.
Menariknya kali ini, Dato Ida Suraya tampil dengan percaturan berani dan tersendiri dengan mengambil tema susur galur latar belakangnya sebagai seorang anak desa sekali gus mencetuskan rona berbeza dan istimewa dalam sentuhan rekaannya untuk koleksi baru ini. 
Hadir dengan tema A Tale of Tongkang Yard, idea itu datangnya daripada Dato Ida Suraya sendiri yang sengaja memercikkan imbauan kenangan manisnya ketika membesar di kampong Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah sebagai pengisian jalan cerita pada koleksi ini. 
Lebih matang dan diangkat pada nilai sofistikated, Bianco Mimosa menerusi A Tale of Tongkang Yard meletakkan keutamaan pada penggunaan fabrik yang bermutu, perincian serta gabungan elemen seni dalam setiap rekaannya. 
Tentu sekali unsur kejutan banyak diterapkan dalam koleksi adi busana Bianco kali ini bagi menunjukkan kekuatan Bianco Mimosa apalagi dalam misinya membawa jenama ini ke pentas antarabangsa setaraf dengan jenama adi busana berkelas tinggi luar negara. 
Mengangkat nilai `moden modesty’ untuk kaum wanita yang berhijab dalam pertunjukkan fesyen di New York kali ini, Dato Ida Suraya melihat ia sebagai satu `trend’ dimana pada waktu ini, pasaran busana dalam paten penataan corak dan gaya muslimah di luar negara, terutama di New York dilihat begitu memberangsangkan dan sudah semakin diterima baik oleh masyarakat luar. 
Menggunakan 100 peratus teknik `couture’ dalam setiap rekaan, ia diberikan penekanan utama bagi mengekalkan nilai authentic sebuah jenama Bianco Mimosa sebagaimana yang diterapkan dalam setiap rekaan adi busananya yang sebelum ini. 
Mengenali air tangan Bianco Mimosa itu sendiri, setiap rekaan telah menggunakan fabrik yang diimport khas dari Eropah terutamana dari Itali (bersamaan dengan tempat pembuatan couture terkenal seperti Zuhair Murad, Elie Saab, Oscar dan lain-lain) bagi mencetuskan rasa dan nuansa `Couture’ itu sendiri dalam definisi sebenar dan asli. 
Perincian koleksi kali ini juga agak berbeza dari sebelum ini dimana ia lebih dinamik dengan rekaan perincian yang sangat mencabar dan rumit. Untuk rekod, durasi masa yang diperuntukkan untuk menghasilkan `masterpiece’ a Tale of The Tongkang Yard ini adalah selama lebih enam bulan dengan menggunakan tenaga kerja seramai lebih 20 orang dalam memastikan proses keseluruhan penghasilan adi busana ini mencapai kepuasan yang tinggi. 
Sedikit maklumat mengenai pertunjukkan fesyen di New York, Bianco Mimosa merupakan antara empat jenama pereka fesyen terkemuka tanah air yang akan mewakili negara ke pentas fesyen di New York dibawah pengelolaan Peniagawati. 
Keempat-empat pereka fesyen ini akan menampilkan koleksi-koleksi hebat mereka dengan tema pilihan tersendiri untuk menjayakan Minggu Fesyen Couture New York pada bulan September 2017 bersama-sama penyertaan usahawanita yang terpilih. 
Untuk maklumat lanjut mengenai Bianco Mimosa, hubungi :
BIANCO MIMOSA
Contact : 012-755 5407
  03-6145 0029(Pejabat)

Post a Comment

0 Comments