Koleksi Baju Raya 2017 Bianco Mimosa

Pejam celik pejam celik sedar tak sedar dah nak masuk bulan Ramadhan dan Raya. Phewwww patutlah tak menang tangan Aten nak ke event Ramadhan Review dan juga fashion show yang Aten kira hampir setiap hari ada. Kalau la boleh belah badan ni, memang semua Aten nak pergi. Cuci mata tengok koleksi baju raya 2017 dan sambil-sambil tu survey untuk baju raya Aten dan suami untuk pertama kalinya. Hehehe.
Haritu telah berlangsungnya pertunjukan fesyen Lebaran Fashion Trends 2017 yang telah diadakan di Glasshouse, Seputeh. One of fav brand Aten iaitu Bianco Mimosa pun ada jugak turut serta dalam membuat pertunjukan fesyen untuk memperagakan koleksi baju raya 2017 mereka yang diberi nama T'Amore. Bianco Mimosa, satu jenama yang tidak lagi asing dalam dunia fesyen kerana pakaian mereka yang sangat cantik, mengikut trend dan lain dari yang lain yang boleh didapati pada harga yang berpatutan dan berkualiti tinggi.

Yesssss Im in loooooooove dengan koleksi baju raya terbaru dari Bianco Mimosa. Cantik kan koleksi baju raya 2017 dari Bianco Mimosa ni? Dato Ida Suraya yang merupakan founder Bianco Mimosa berkata “Fabrik pilihan saya adalah eksklusif dan berkualiti tigggi kerana saya mahu pemakainya turut merasai elemen ekslusiviti yang saya terapkan pada kain Bianco Mimosa, “ katanya yang nampak anggun dalam gaun labuh hasil kreativiti dan corak kain eksklusif yang ditempah khas. Tambah Dato Ida, “fabrik yang saya pakai ini hanya satu-satunya di sini dan tidak dijual pada mana-mana gedung tekstil.”
Diharapkan semoga Dato Ida Suraya terus sukses dan menghasilkan baju yang cantik-cantik dan menarik perhatian bukan sahaja orang kita tetapi orang dari luar negara. Amiinnnnnn! :)

Untuk maklumat lanjut mengenai Bianco Mimosa, hubungi :
BIANCO MIMOSA
Contact : 012-755 5407

Post a Comment

0 Comments