Pizza Hut | Signature Series - BIG Pizza Hut


Pizza Hut Malaysia sentiasa mencari peluang untuk mencipta produk yang mampu memberikan nila hebat kepada pelanggan setianya. Pizza Hut telah melanjutkan promosi rangkaian Signature Series dengan promosi terbarunya, Signature Series - BIG . Klik SINI untuk tau lebih lanjut mengenai Signature Series.  Promosi ini menampilkan piza berkualiti chef yang lazat dalam saiz yang lebih besar pada harga yang menjimatkan. Turut diperkenal adalah dua initi baru untuk dinikmati iaitu Syok Sambal dan Veggie n' Salami.

Dengan slogan " Saiz Hebat , Harga Jimat " , kini rangkaian piza ini boleh didapati dalam saiz 12 ini dengan harga serendah RM19.90 setiap satu ( RM36.90 harga biasa ). Ini bermakna pelanggan dapat menikmati penjimatan sehinggan RM17.00 untuk setiap piza ! Dengan tambahan hanya RM5.00 , pelanggan juga boleh mendapatkan hidangan add-ons yang merupakan segelas air berkarbonat serta semangkuk sup cendawan.

Signature Series - BIG menampilkan kerak nipis yang diuli dengan tangan, dengan inti dari bahan-bahan berkualiti premium, dan dibakar sehingga rangup dan lazat. Setiap hidangan piza bersaiz besar ini sesuai dihidangkan untuk empat orang.


Piza Syok Sambal yang baru diperkenalkan pasti akan menarik perhatian mereka yang gemarkan masakan pedas. Dengan sos sambal berapi dan initi kapsikum, tomato dipotong dadu beserta ikan bilis rangup, piza ini pastinya menawan selera anda.


Para penggemar ayam pula boleh mencuba piza Veggie n' Salami yang mampu memikat selera dalam setiap gigitan dengan hirisan kapsikum segar, bawang merah dan daging ayam Salami dengan limpahan sambal dan sos BBQ. 

Korang juga boleh memilih tiga lagi jenis inti lazat yang sedia ada dalam rangkaian Signature Series - Seriously Sriracha, Barbecue Bang dan Fisherman's Catch.

Displaying IMG_5787.JPG

Displaying IMG_5786.JPG

Displaying IMG_5784.JPG

Nampak sedap kan? Bukan nampak je tau. Memang sedap. Hehehe


Terima kasih Pizza Hut sebab jemput kitorang. Hehehe. Nanti jangan lupa jemput lagi tau. Muah ciked !


Post a Comment

0 Comments