Sepetang bersama Chef Nik dan Nad Zainal di Pizza Hut


Finallyyyyy dapat jumpa pun Nad Zainal. Comel gilerr dia ni. Aten suka giler tengok lakonan dia ni. Nak nak dapat duduk makan semeja dengan dia lagi best ! :D hehehe.

Haritu Aten dan rakan blogger lain dapat bersama-sama dengan Pizza Hut mencuba menu baru yang diperkenalkan oleh Pizza Hut iaitu Signature Series. Signature Series merupakan rangkaian piza eksklusif daripada Pizza Hut. Turut memeriahkan acara ni ialah Chef Nik Michael dan Nad Zainal.

Apa yang bestnya Signature Series ni?
Bentuk piza tu empat segi tau ! Hehehe. Dannn yang membuatkan pizza Signature Series ni sedap ialahhh gabungan tiga keju istimewa iaitu keju cheddar, provolone, dan mozzarella. Yang lagi best, harga hanya RM12.00 bersih! Beli sepuluh terusss pun boleh kann. Hehehe.

Meh Aten nak belanja pizza Signature Series ni 


Fisherman's Catch ( Peminat makanan laut boleh menikmati ketulan tuna, filamen isi ketam dan nanas di atas limpahan sos Thousand Island )


Barbecue Bang ( Nikmati rasa smoky BBQ dengan hirisan ayam, cendawan, dan bawang merah dan nenas di atas limpahan sos Thousand Island )


Italian Primo ( Kepingan daging brisket, pepperoni daging, tomato, kapsikum merah, sosej ayam, dan bawang )


Pepperoni Perfetto ( Pilihan citarasa klasik dengan piza pepperoni ayam atau daging yang telah dipertingkatkan )


Seriously Sriracha ( cebisan ayam, kapsikum merah, cendawan, nenas dan bawang merah dengan sos Sriracha yang terkenal )

Jemput makan semua ! :D hehehe


Macam biasa lepas sesi makan akan diadakan game. Game kali ni ialah memasak pizza ! Bayangkan korang kena uli tepung sendiri dan letak topping atas pizza tu. Macam2 gaya pizza ada. Hehehe 

Meh Aten nak explain more pasal Signature Series ni..
Signature Series dari Pizza Hut boleh didapati untuk perkhidmatan makan di restoran, bawa pulanh dan penghantaran bermula 17 April 2015 sementara stok masih ada. Korang boleh makan di restoran Pizza Hut dengan selesa tanpa perlu membayar tambahan 10% untuk caj perkhidmatan. Bestnya ! 

Tawaran hebat juga menanti dengan set Signature Series ni :

Signature Course A ( Kombo Untuk 2 Orang )
2 pizza Signature Series
2 mangkuk sup cendawan
2 gelas mountain dew
2 aiskrim sensation
Harga : RM33.90 bersih ( jimat RM12.50 )

Signature Course B ( Kombo untuk 4 orang )
2 piza Signature Series
1 Creamy Carbonara Fettucine
1 Tempura Prawn Garlic Rice
4 mangkuk sup cendawan
4 gelas Mountain Dew
Harga : RM60.90 bersih ( jimat RM19.90 )

* Harga di atas sah untuk makan di restoran sahaja dan mungkin berbeza mengikut lokasi.


" Untuk Kualiti Hebat, Pada Harga Jimat! "

So, apa tunggu lagi ! Jom terjah Pizza Hut terdekat korang ! :D 





3 comments.. read them below or add one

Izzati Amira Izzati Amira 28 April, 2015
wow bestnyaaaaaa. buat pizza sendiri
Diana Rashid Diana Rashid 28 April, 2015
sedapnya..harga pun murah..boleh order selalu..:)
muja muja 30 April, 2015
perghhhh.. nak kena try hari ni jugak! :D