My30 - Perjalanan Tanpa Had Selama 30 hari untuk semua Perkhidmatan rel dan bas Rapid KL!


 Kes harian COVID-19 semalam bawah 10k!

Alhamdulillah moga ada petanda baik untuk kita semua. Bila kes dah makin menurun dan bertukar fasa, Aten sure semua yang work from home kena return to office. Betul tak?

Harini Aten nak share pasal My30 yang diperkenalkan oleh Rapid KL. Ini merupakan salah satu inisiatif dorang untuk membantu kita semua untuk mengurangkan kos untuk travel ke office menaiki public transport. 

Apa itu My30?

Pas Perjalanan Tanpa Had RM30 selama 30 hari adalah untuk digunakan di semua rel (MRT, LRT, Monorel), BRT, bas Rapid KL dan bas feeder MRT

Dimana nak beli My30?

Korang boleh beli My30 di Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL di 

  • Semua stesen LRT
  • Semua stesen MRT
  • Semua stesen Monorel
  • Semua stesen BRT
dan juga 5 pusat bas (bus hubs) seperti yang dibawah:
  • Pasar Seni
  • Seksyen 2, Shah Alam
  • Sri Nilam
  • Kayu Hijau
  • Terminal Kajang
Semua perkara yang berkaitan dengan My30 hanya dapat diproses di Kaunter Layanan Pelanggan Rapid KL.

My30 Unlimited Travel Pass untuk 30 hari ni akan diteruskan hingga 31 Disember 2021. So ada lagi 3 bulan untuk kita berjimat cermat. Lagi-lagi untuk korang yang pergi ke kerja menaiki public transport. Hehehe. 

Kira RM30 ni boleh guna untuk sebulan. Sehari RM1 je walaupun banyak mana stesen korang pergi. Memang berbaloi!

Selamat Return to Office semua!

Post a Comment

0 Comments