Rozita Che Wan Duta Terbaru Himaya dan Kempen Kutipan Dana untuk MAKNA

Sedar tak sedar dah nak masuk 2 tahun virus COVID-19 ada dengan kita. Nak taknak, kita perlu 'hidup' bersama-sama virus ni dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pemakaian pelitup muka kini sudah menjadi satu kewajiban untuk semua bila kita memasuki fasa endemik. Jadi, pemakaian pelitup muka yang selesa adalah sangat penting tak kira jantina ataupun umur. 

Bila Himaya post preview mengenai warna baru, Aten dah agak dahh ni mesti warna pink. Hahaha. Excited tau Aten sampai setiap hari tengok Instagram Himaya bila lah nak launch tazzabar nak beli. Bila dah launch tu terus masuk dekat cart dekat Shopee. Hehehe.

Disebabkan Aten suka warna pink dah kadang-kadang pakai tudung warna gelap, jadi Aten padankan dengan pelitup muka Himaya warna pink ni memang akan nampak menyerlah dan cantik gila! Sekarang ni pelitup muka adalah sebahagian daripada aksesori, so kena la matching dengan warna baju. Hehehe

Kalau korang nak tau, pelitup muka Himaya mendapat sambutan hangat dari semua terutama wanita kerana berkualiti dan mempunyai pelbagai warna iaitu Love Latte (coklat lembut), Soft Olive (hijau pastel), Apricot Dream, Blue Lagoon, Retro Slate, Aster Blue dan Philipsburg Blue. Himaya juga mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kelulusan MDA (Medical Device Authority). 

Kalau korang nak tau, Rozita Che Wan merupakan duta terbaru untuk Himaya dengan pengenalan warna terbaru iaitu Blush Rose (pink), sesuai dengan karekternya yang jelita, berani, bergaya dan seorang yang sangat positif bila berbicara dan lantang bersuara ke arah kebaikan. Memang ngam sangat dengan slogan Himaya iaitu Berani itu Jelita.

Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA

Sempena pelancaran warna terbaru pelitup muka ini, Himaya mengadakan Kempen Kutipan Dana untuk MAKNA.

Buat mereka yang tak tahu, Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara dimana akan diadakan Kempen 'Pink Ribbon'. Kempen ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahayanya kanser parudara dan keperluan untuk mendapatkan rawatan awal.

Justeru itu, sejajar dengan pelancaran pelitup muka terbaru ini, Himaya juga mengadakan Kempen Kutipan Dana untuk MAKNA bermula 7 September hingga 31 Oktober 2021.

Kanser payudara adalah kanser paling lazim berlaku dalam kalangan wanita di negara ini terumatanya yang berumur antara 45 hingga 64 tahun. Namun, masih ada yang takut untuk melakukan pemeriksaan awal bagi mengesan penyakit ini. Jika dikesan lebih awal, ianya lebih mudah dirawat, kata Datuk KK Chua, pengasas Himaya.

Ini merupakan kerjasama pertama Himaya dengan MAKNA dan ianya akan diteruskan pada tahun akan datang.

Datuk KK Chua berkata,  kerjasama ini sangat bermakna bagi saya kerana dapat meembantu orang ramai mengenai kesedaran penyakit barah payudara kerana ianya boleh berlaku pada sesiapa tidak kira usia, latar belakang dan bangsa.

MAKNA dengan slogannya "Mengingati Makna Kehidupan" (A Meaning to Life) sudah cukup untuk kita mengerti agar sentiasa menghargai setiap detik berharga dalam kehidupan kita.

Pengurus Besar MAKNA, Puan Farahida Mohd Farid berkata, kami amat berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan Himaya untuk melakukan kebajikan ini dan diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

SUMBANGAN KEMPEN

Untuk setiap pembelian pelitup muka Himaya berwarna Blush Rose dan Apricot Dream, sebanyak RM2 akan disumbangkan kepada tabung MAKNA. Bagaimanapun, pembelian itu hanya sah dilakukan di website Himaya di himaya.international dan juga di Shopee : himayamy

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari media sosial mereka di;

Facebook | Instagram

Post a Comment

8 Comments

  1. Bagus betul usaha mereka ni ye. Ambassador pun sesuai dengan produk ni. Sis suka juga kalau pakai face mask ni sebab warna pink.

    ReplyDelete
  2. Mmg best himaya ni sebab mask dia jenis yg selesa dipakai lagi pun sbb dia medical gred kan

    ReplyDelete
  3. Cantik baju kepuk kepuk Che Ta hehe.. warna facemask Himaya yang che ta pakai ni cantik and sweet je tengok.. Sesuai dengan apa2 warna kulit and warna baju :D

    ReplyDelete
  4. aura che ta ni memang power sebab tu dia layak jadi duta kan? sekali tengok pun dah wow! tahniah che ta atas perlantikan duta terbaharu himaya

    ReplyDelete
  5. suka dengan penganjuran kempen ni.. membeli sambil menderma..warnanya pun cantikkk sangat..

    ReplyDelete
  6. Bagus nya ada inisiatif untuk memberi sumbangan kepada MAKNA. Cikta pulak tu duta nye memang terbaik

    ReplyDelete
  7. Warna pink dia cantik, tak terlalu pinky sangat kann, membeli smabil menderma, bagus inisiatif yang di buat oleh Himaya ni..

    ReplyDelete