Korang tau tak bahawa kehamilan merupakan satu perjalanan hidup yang mengagumkan bagi ibu
hamil dan anak yang sedang membesar dalam kandungan? Ketika ibu hamil
menyesuaikan diri secara fizikal untuk menyokong zuriat yang dikandungi, si
anak akan melalui proses perkembangan yang pantas; bermula daripada sekelompok
sel hinggalah menjadi bayi yang lengkap dengan jantung yang berdegup, wajah
yang lengkap serta anggota-anggota lain
yang berfungsi –
semuanya hanya dalam tempoh 40 minggu?
Antara perubahan yang paling ketara bagi
seseorang wanita hamil adalah peningkatan berat badan, yang disebabkan oleh peningkatan dalam jumlah cecair badan untuk
melindungi bayi dalam kandungannya. Bagi seorang wanita dengan berat badan yang
sihat, berat badannya akan meningkat secara purata antara 11.5kg hingga 16 kg sewaktu
hamil1. Selain daripada berat janin, peningkatan berat badan ibu
hamil juga disebabkan oleh peningkatan jumlah
darah sebanyak kira-kira 30% hingga 50% atau 1.5 hingga 2 liter untuk membekalkan
oksigen dan nutrien kepada janin yang sedang membesar2.
Dengan
peningkatan jumlah darah ini, jantung ibu perlu bekerja lebih kuat untuk
mengepam darah ke seluruh badan. Ini menyebabkan degupan jantung ibu hamil
meningkat sebanyak 10 hingga 20 degupan seminit walaupun semasa
berehat2. Ibu hamil juga memerlukan anggaran 20% lebih oksigen untuk
diri sendiri dan juga anak dalam kandungan3. Kadar pernafasan ibu
juga turut meningkat.
Bayi dalam
kandungan membesar pada kadar yang sangat pantas. Pada minggu keempat, anak
yang sedang membesar daripada sekelompok
sel kepada embrio sebesar benih kaskas –
di mana ia adalah 10,000 kali lebih besar daripada saiz pada waktu mula-mula
hamil (konsepsi)4. Pada masa yang sama, 3 bahagian otak utama akan terbentuk5.
Pada minggu
ke-6 hingga ke-7, jantungnya sudah mula berdegup dengan kadar denyutan yang tetap6,
dua kali lebih pantas berbanding orang
dewasa7. Bukan itu sahaja, deria sentuhannya sudah mula terbentuk pada minggu ke-lapan8.
Pada minggu
ke-10, wajah anak mula menjadi lebih ketara6 dan mempunyai ekspresi
muka yang berlainan dan mungkin tersenyum pada minggu9 yang
berikutnya. Pada minggu 26, corak cap
jari anak yang unik akan terbentuk6. Kira-kira pada bulan ke-4
hingga bulan ke-5, si manja dalam kandungan sudah berupaya mengepam lebih daripada 28 liter darah sehari9.
Rujukan
* Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang,
Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih didefinasikan sebagai ‘gula’
dan ‘gula tambahan’ di bawah piawaian CODEX 212-1999 dan CAC/GL231997. CODEX
mewujudkan dan meyelaraskan garis panduan dan kod amalan piawaia makanan
antarabangsa. Di bawah Akta Pemakanan Malaysia 1985, Sukrosa, Gula Perang,
Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa dan Madu didefinasikan sebagai bahan pemanis.
Under Australia New Zealand Food Standard Code-Standard 1.1.2, Glucose Syrup,
Maltodextrin and similar products are defined as ’sugars. Menuju kepada Anmum
Materna biasa.
^Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia, 1997.
1. 1. IOM.
(2009). Weight gain during pregnancy.
2. 2. Brown HL.
(2017). Physical changes during pregnancy. Retrieved from: http://www.merckmanuals.com/home/women-s-health-issues/normal-pregnancy/physical-changes-during-pregnancy
3. 3. Harding M. (2016). Physiological changes in pregnancy.
Patient. Retrieved from: https://patient.info/doctor/physiological-changes-in-pregnancy
4. 4. Sutter Health CPMC. (2014). Fetal development.
Retrieved from: http://www.cpmc.org/services/pregnancy/information/fetal_development.html
5. 5. Hill, M.A. (2017). Embryology. Timeline
human development. Retrieved from: https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Timeline_human_development
6. 6 MedlinePlus. (2015). Fetal development. Retrieved
from: https://medlineplus.gov/ency/article/002398.htm
7. 7 Steinburg et al. (2013). What is the “normal” fetal
heart rate? PeerJ 1:e82; DOI 10.7717/peerj.82
8. 8 Neuroscience
for Kids. (2015). Brain development. Retrieved from: https://faculty.washington.edu/chudler/dev.html
9. 9 Society for the Protection of Unborn Children (SPUC).
(2014). Pregnancy explained – complete guide to the development of your unborn
child.
1 Comments
Nice sharing..Jaga diri baik2..:)
ReplyDelete