Alahaiiii cantiknya Honda Civic generasi yang ke-10 ni !
First time tengok terus jatuh cinta! Love in a first sight gitu! *.*
Alhamdulillah thanks Don, Manoah sebab memberi kepercayaan kepada Aten untuk membuat review dengan Honda Civic terbaru generasi ke-10 ni ke Penang :D
Seawal 9 pagi, Aten dan rakan blogger yang lain telah berkumpul di Restoran Onde-Onde di Citta Mall untuk pendaftaran, makan pagi dan taklimat mengenai perjalanan 2 hari 1 malam ke Penang.
MENGENAI HONDA 10TH GENERATION CIVIC :
Honda
Malaysia dilihat memberi keterujaan dalam industri
automotif, terutamanya dalam segmen C menerusi pelancaran rasmi Civic Generasi
ke-10 yang amat dinantikan pada 9 Jun 2016. Dalam membangunkan Civic serba baharu yang menjadi
salah satu pembangunan model baharu paling komprehensif dan bercita-cita tinggi
yang pernah dilakukan oleh Honda, pasukan juruteranya telah menetapkan penanda
aras bahawa Civic bukan sahaja akan bersaing dengan kenderaan-kenderaan dalam
segmen C. Malah dengan kenderaan kompak premium buatan Eropah. Hasil usaha
keras tersebut, Honda kini mampu menawarkan Civic yang akan menjadi pengubah
dalam segmen C dari segi reka bentuk, prestasi dinamik, penjimatan bahan api,
keluasan, kualiti ruang dalaman dan ciri-ciri keselamatan – semua ini dalam
satu pakej harga yang menarik. Honda Civic mempunyai reka bentuk luaran yang kemas dan aerodinamik dengan rekaan
dalaman yang memberi tahap keselesaan serta keluasan kenderaan segmen D.
Menerusi kepakaran Honda dalam aspek pakej kenderaan, Civic serba baharu mampu
menawarkan pakej yang terbaik dalam kelasnya melalui tapak roda yang lebih
panjang dan badan lebih lebar.
Road trip ke Penang bermula setelah selesai sesi taklimat, Aten dan 2 rakan blogger lain, Feeq dan Freda telah memilih untuk menaiki Honda Civic 1.5 Turbocharged . Aten pilih yang ada turbo senang nanti nak pecut kat atas jalan raya ni nak try test power. Hehehe.
Setelah hampir 2 jam perjalanan, kitorang semua berhenti untuk makan tengahari di Restoran Sri Tanjung Tualang yang sangat popular dengan makanan laut mereka.

Selepas makan tengahari, kitorang meneruskan perjalanan ke Penang. Selepas hampir 3 jam perjalanan, kitorang sampai ke Stadium Batu Kawan untuk aktiviti Gymkhana dan VSA (Vehicle Stability Assist). Aktiviti yang ni yang Aten paling teruja. Nak uji kestabilan kereta Honda Civic Generasi ke-10 kalau ada kecemasan berlaku.
- VSA On : Lebih stabil, break lebih cengkam, mengikut arah stereng kereta berpusing, pemandu dan penumpang didalam kereta tidak mengalami gegaran yang teruk
- VSA Off : Tak stabil, kereta melelong melanggar kon yang ada, kereta bergegar, pemandu dan penumpang didalam kereta mengalami gegaran yang teruk dan bahaya
Selepas aktiviti gymkhana, kitorang ke Botanica Mansion untuk makan malam. Sumpah cantik weii tempat ni. Dapat tengok sunset. Sangat teruja dengan persekitaran kat sini dan makanan yang disediakan pun sedap. Layanan dari staff sini membuatkan terasa diri ni istimewa. Suka sangat! Tempat ni sesuai sangat untuk buat event. Hehehe.
Selepas makan malam, check in G Hotel Kelawai. First step masuk dalam bilik Aten terus Aten WOW, WOW dan WOW. Cantik wehhh! Setiap blogger dapat 1 bilik. Memang heaven! Sekali sekala dapat merasa dapat tidur hotel 5 bintang Aten rasa syukur sangat dapat peluang macam ni.
Keesokannya selepas check-out dan makan pagi, kitorang berkonvoi ke ESCAPE Adventure. Aten baru tau tempat ni wujuk. Hukhuk. Sememangnya tempat ni sesuai untuk mereka yang gemar aktiviti lasak. Disebabkan kekangan masa, tak banyak masa yang Aten dapat buat. In Shaa Allah lain kali kalau datang Penang, Aten akan datang sini lagi. Hehehe
Best kan kan kan? Sebenarnya banyak lagi tapi tak berkesempatan nak main. Wuwuwuwu
Selepas penat bermain di ESCAPE Adventure, kitorang singgah ke Prawn Village sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Disebabkan semua kelaparan, sampai je makanan terus makan. Ambik gambar pun sikit-sikit je. Ketam sweet sour ni paling sedap! Hehehhe.
Keesokannya selepas check-out dan makan pagi, kitorang berkonvoi ke ESCAPE Adventure. Aten baru tau tempat ni wujuk. Hukhuk. Sememangnya tempat ni sesuai untuk mereka yang gemar aktiviti lasak. Disebabkan kekangan masa, tak banyak masa yang Aten dapat buat. In Shaa Allah lain kali kalau datang Penang, Aten akan datang sini lagi. Hehehe
Best kan kan kan? Sebenarnya banyak lagi tapi tak berkesempatan nak main. Wuwuwuwu
Selepas penat bermain di ESCAPE Adventure, kitorang singgah ke Prawn Village sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Disebabkan semua kelaparan, sampai je makanan terus makan. Ambik gambar pun sikit-sikit je. Ketam sweet sour ni paling sedap! Hehehhe.
REKA BENTUK DALAMAN HONDA CIVIC GENERASI KE-10
Kemasan pelapik lembut berkualiti tinggi dipasang untuk menyerlahkan
personaliti Civic serba baharu yang ranggi dan memiliki karekter premium. Untuk
mencapai kesenyapan kabin dan
meningkatkan lagi kualiti pemanduan, pakej ruang dalaman Civic serba
baharu dilengkapi sistem kalis bunyi yang ringan. Ia merangkumi pelapik pada
bahagian bawah kenderaan dan sistem pengasingan bunyi bising pada pintunya. Secara
keseluruhannya, Honda berjaya mengurangkan tahap bunyi bising, getaran dan
kekasaran (NVH) untuk mencapai ketenangan yang mampu meletakkan Civic satu
kelas di atas berbanding para pesaingnya.
Civic serba baharu juga menawarkan “Teknologi Maju Terhubung” (Advance Interface)
menerusi Paparan Audio Terkini bersaiz 7” yang pasti menarik perhatian generasi
muda. Ia telah direka semula sepenuhnya untuk menjadi Civic yang paling mudah
dan terhubung. Antara ciri yang pertama kali ditawarkan pada Civic ialah: - Remote Engine Start
- Walk Away Auto Lock
- Electric Parking Brake
- Auto Brake Hold
Aspek
keselamatan yang tidak dapat dilihat tetapi amat penting juga tidak dilupakan
oleh Honda. Semua varian Civic serba baharu dilengkapi ciri-ciri keselamatan
terbaik dalam kelasnya seperti:
- Beg Udara (Dua Beg Udara Hadapan, Beg Udara jenis “Curtain” dan Beg Udara pada bahagian sisi)
- Vehicle Stability Assist (VSA)
- Anti-Lock Braking System (ABS)
- Electronic Brake Distribution (EBD)
- Brake Assist (BA)
- Hill Start Assist (HSA)
- Emergency Stop Signal (ESS)
- ISOFIX
Civic
serba baharu ditawarkan dalam lima warna iaitu Merah (Dark Ruby Red Pearl), Kelabu (Modern
Steel Metallic) dan Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl, disamping dua warna
baharu iaitu Perak (Lunar Silver Metallic) dan Putih Mutiara (White Orchid
Pearl). Dua warna baharu pada Civic ini akan digunakan pada model-model lain
keluaran Honda Malaysia.
ENJIN HONDA CIVIC GENERASI KE-10
Enjin 1.5L VTEC Turbocharged baharu yang dibangunkan di bawah “Earth Dreams
Technology” Honda menawarkan “Keseronokan Untuk Memandu” (Joy to Drive) dengan prestasi dinamik dan penjimatan
bahan api yang cemerlang. Honda Malaysia merupakan pengeluar kenderaan Jepun
untuk pasaran massa yang pertama memperkenalkan enjin turbo ke dalam segmen C. Selain
dari enjin 1.5L VTEC Turbocharged, Honda juga memperkenalkan enjin 1.8L i-VTEC.
Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear “Continuously Variable
Transmission” (CVT) untuk pengalaman pemanduan yang lancar dan menjimatkan
bahan api. Kedua-dua varian Civic serba baharu ini diiktiraf sebagai “Kenderaan
Cekap Tenaga” (EEV). Honda nyata selari dengan hala tuju kerajaan yang
berhasrat untuk menawarkan kenderaan EEV kepada orang ramai.
HARGA HONDA CIVIC GENERASI KE-10
Varian Civic 1.5L VTEC Turbocharged serba baharu dilengkapi sistem
pemantauan pintar. Ia memberikan ketenangan minda untuk mengekalkan kecekapan
dan prestasi enjin. Ciri ini berfungsi bagi mengingatkan pelanggan masa untuk
menukar minyak enjin melalui satu lampu pada speedometer mengenai status servis
tersebut. Para pelanggan boleh menikmati jaminan selama lima tahun dengan jarak
perbatuan tanpa had dan selang servis 10,000km di 88 buah pengedar Honda di
seluruh negara.
RM113,800 untuk 1.8S (Di atas jalan termasuk insurans)
RM127,800 untuk 1.5 Turbocharged (Di atas jalan termasuk insurans)
RM135,800 untuk 1.5 Turbocharged Premium (Di atas jalan termasuk insurans)
REVIEW HONDA CIVIC GENERASI KE-10
Haritu Aten berpeluang untuk mencuba Honda Civic 1.5 Turbocharged dan Honda Civic 1.8S. Aten lagi prefer 1.5 Turbocharged sebab ianya lebih pickup berbanding dengan dengan 1.8S. 1.8S ni sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga. 1.8S ni sesuai kalau dipandu tidak terlalu laju @ normal. 1.5 Turbocharged sesuai untuk golongan muda yang ingin memandu laju. Reka bentuk dalaman pun cantik. Rasa macam Aten naik kereta sport. Hehehhe. Button Brake Hold pun best. Bila berhenti dekat traffic light, tak perlu dah tekan pedal brake. Hanya tekan button tu, automatically kereta tidak akan bergerak. Dengan adanya VSA membuatkan seorang Aten nak kumpul duit untuk beli Honda Civic Generasi Ke-10! Wishlist untuk tahun 2017. Moga semuanya dipermudahkan. Hehehe
Untuk maklumat lanjut mengenai Civic serba baharu, korang boleh mengunjungi
mana-mana pengedar Honda; hubungi nombor Tol Percuma Honda di talian 1-800-88-2020 atau
layari laman web www.honda.com.my atau www.ridethedream.my
untuk meneroka ciri-cirinya yang menarik.
1 Comments
I hope I could also have a car of my own someday and honda is one of my top brands to choose from. Hehe
ReplyDelete- xx, Mariel