Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang, Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC) memperkenalkan promosi Berbuka Puasa Kali Kedua iaitu
‘Buffet Ramadhan 2015’ yang bertemakan “Hidangan Tradisi Warisan Budaya”. PICC
memperkenalkan pakej berbuka puasa dengan 300 hidangan yang menampilkan juadah
tradisi dan warisan Melayu sebagai tarikan.
Antara
hidangan utama yang akan menjadi tumpuan adalah Sup Ekor Berempah, Kerabu Betik
Muda (Som Tam) Buah Pauh Daging Salai, Nasi Ulam Utara, Kerang Bakar Bersambal,
Shawarma Ayam dan Daging, Satar Terengganu, Rendang Kambing, Gulai Daging
Pisang Muda, Pajeri Jantung Pisang, dan
lain-lain lagi hidangan yang berkonsepkan tradisi dan warisan Melayu. Antara
Pemanis Mulut yang akan menjadi tumpuan adalah seperti Chocolate Fountain
bersama buah-buahan segar yang di celup dengan chocolate, Apam Balik dan Kueh
Onde-Onde.
Bufet ini menampilkan sajian dihidangkan mengikut tema seperti
“Pembuka Selera”, “Kecur Liur, “Pemanis Mulut”, “Manisan Periuk Tanah Liat”, “Gerai
Utama PICC”, “Kawah Warisan”, “Aneka
Panggang”, “Kebun Buah Pak Rusmie”, “Aneka Keropok” dan “Jeruk Pak Ali”.
Sinonim dengan bulan Ramadhan
Al-Mubarak, PICC turut menyediakan pelbagai jenis bubur sebagai pelengkap untuk
berbuka puasa. Antara hidangan bubur yang disediakan adalah Bubur Lambuk Berempah
PICC, Bubur Kacang Hijau Durian, Pengat Labu dan Pengat Pisang.
Promosi ini turut menyediakan hidangan yang berasaskan
pasta iaitu Spaghetti, Fettuccine, Penne dan Linguine beserta Sos Bolognese,
Napolitana dan Carbonara. Bagi mereka yang inginkan kelainan semasa berbuka
puasa, boleh mencuba hidangan pasta yang lazat ini.
Pakej berbuka puasa ini akan
bermula pada 20 Jun sehingga 15 Julai 2015 dengan kadar bayaran sebanyak RM 88.00
untuk dewasa dan RM 44.00 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berumur bawah 5
tahun, masuk adalah percuma. Bufet akan bermula dari jam 6.30 petang hingga
10.30 malam. Cafe@PICC dapat memuatkan 1000 orang pada satu masa
Sambil
menjamu selera, pengunjung berpeluang memenangi “Cabutan Bertuah” dengan hadiah
utama “Duit Raya Tunai” sebanyak RM 3,000.00 disamping hadiah-hadiah menarik
yang bernilai lebih RM10,000.00. Penyertaan adalah terbuka kepada semua
pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada minggu kedua bulan Syawal di laman
Facebook PICC.
Bersempena dengan bulan ramadhan
ini juga, pihak pengurusan PICC turut menyediakan solat terawih berjemaah
bermula pada hari pertama promosi ini bertempat di surau yang disediakan bagi
kemudahan orang ramai. Surau wanita di aras Mezzanine manakala surau lelaki di
aras Concourse.
Bagi mereka yang mencari
kelainan semasa berbuka puasa samada bersama keluarga atau rakan-rakan
disamping menikmati pemandangan indah sekitar Bandar Putrajaya, PICC adalah
destinasi yang terbaik untuk berbuka puasa. Rosma AF akan menghiburkan para pengunjung dengan
alunan muzik yang sesuai dengan bulan Ramadhan sepanjang tempoh promosi ini.
Bagi
tempahan untuk Buffet Ramadhan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8887
6162. Pada tahun ini tempahan juga boleh didapati melalui online booking
dilaman web www.ticketonline.my/picc .
PICC turut menawarkan pakej berbuka puasa korporat bagi syarikat-syarikat
yang berminat untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan mereka.
PICC juga turut menawarkan pakej korporat untuk majlis rumah terbuka atau “
Raya Open House” bagi syarikat – syarikat korporat. Sekiranya ada yang
berminat, sila hubungi talian 03-8887 6000 atau lawati laman web PICC di http://www.picc.com.my , untuk mendapatkan maklumat mengenai
acara atau pakej yang ditawarkan dengan pantas bolehlah menggunakan saluran
media sosial rasmi Facebook PICC iaitu http://www.facebook.com/piccmalaysia atau Twitter PICC @piccmalaysia.
Bagi mendapatkan maklumat korporat PICC, sila hubungi Cik Kumari Nahu di
talian 03-8887 6000 atau emel kumari.nahu@picc.com.my .
3 Comments
Menarik...Sangatsangat menarik..semoga ramai laa yang yang sudi tempah majlis berbuka kat sana,.
ReplyDeletealaaaa, nyesal dtg sini. kecur air liuqq, huhu
ReplyDeletekalau ada peluang teringin jugak nak berbuka di sini nanti...
ReplyDelete