Mesin Jahit Brother JK17B Full Review

Bila bercerita tentang mesin jahit, apa yang terlintas kat fikiran korang?
Kalau Aten semestinya mesin jahit yang berwarna putih! Sebab kebanyakan mesin jahit yang Aten jumpa mesti warna putih. Betul tak?
Entri kali ni Aten nak share dengan korang mesin terbaru dari Brother sempena ulang tahun mereka yang ke-20 tahun. Korang pun tau kan Brother dikenali dengan  kepelbagaian mesin jahit mereka. Dari sekecik2 jahitan hinggalah jahitan yang besar dan kompleks.

Mesin jahit keluaran baru Brother ni diberi nama JK17B. Ianya edisi terhad dan bewarna biru sepenuhnya berbanding mesin jahit mereka yang lain. Ianya juga ada corak bunga yang comel sesuai dengan warna biru pastel. Ni sempena ulang tahun mereka yang ke-20 tahun. 20 tahun dah bertapak kat Malaysia bermaksud pengguna mempercayai kualiti yang diberikan oleh Brother.

CIRI-CIRI UNIK MESIN JAHIT JK17B
Mesin jahit JK17B dibina dalam bentuk kompak dan mudah digunakan dan memperbaiki jahitan. Berat mesin jahit Brother JK17B ni 6.5kg je. So, memang mudah gilerr nak bawak ke mana-mana. Nak jahit dalam bilik ke, nak jahit kat ruang tamu ke semua boleh. Hehehe.

Kat bawah ni merupakan ciri-ciri unik yang ada di mesin jahit Brother JK17B yang menarik perhatian Aten : 
17 BUILT-IN STITCHES
Untuk seorang Aten yang amatur dalam bab menjahit ni, ni feature yang Aten paling suka gila! Mesin jahit Brother JK17B ni mempunyai 17 jenis jahitan yang boleh Aten pilih untuk menjahit. Nak jahit sarung bantal letak nama sendiri atau anak pun boleh kalau kena dengan caranya! 
BUILT-IN NEEDLE THREADER
Feature ni merupakan paling penting Aten rasa! Ianya sangat memudahkan untuk Aten memasukkan benang ke dalam jarum. Dengan menggunakan step yang mudah je benang dapat dimasukkan ke dalam jarum. Takde dah susah2 nak masukkan benang secara manual! 
LED LIGHT
Dengan adanya LED Light di mesin jahit JK17B ni memudahkan kerja menjahit. Kira nak menjahit tu lagi jelas dan terang. Takdelah jahitan yang Aten buat tu senget benget macam jahit manual guna tangan.

4 STEP BUTTONHOLE
Mesin jahit JK17B ni boleh jahit butang baju tau! Dengan hanya 4 langkah mudah je dengan menggunakan aksesori yang diberikan.
QR CODE UNTUK CARA PENGGUNAAN MESIN JAHIT JK17B
Seiring dengan teknologi zaman sekarang ni, semua benda menjadi mudah! Dekat mesin jahit JK17B ni ada sticker QR Code yang kita boleh scan kalau ada feature yang kita taktau cara nak guna. Dalam QR Code ni, kita boleh pilih video yang kita nak belajar. Memang memudahkan!
Ni apa yang korang akan dapat bila korang beli mesin jahit Brother JK17B.

Review Mesin Jahit Brother JK17B :
To be honest, Aten tak pernah ada mesin jahit. Kalau menjahit pun, jahit yang simple2 je. Tu pun kadang jadi kadang tak jadi. Hahaha. Tapi bila adanya mesin jahit ni, membuatkan Aten berminat untuk belajar menjahit sebab bila Aten tengok instruction video yang dorang sediakan, nampak senang gila! Hahaha. Memula tu nampak macam tak konfiden nak guna mesin jahit ni. Sebab tak pernah ada any mesin jahit. Semua jahit manual guna tangan je. Tapi bila refer dekat video tu dan cuba menjahit, Aten pun terkejut Aten boleh jahit dengan senang gila! Memandangkan Aten tengah pregnant ni, boleh la Aten jahit sarung bantal untuk baby baru Aten instead of beli baru. Hehehe. Nak jahit seluar dan baju terkoyak pun takde dah lama jahit. Percaya takkkk, Aten berjaya jahit pouch bag Aten sendiri! Amazing gila. Sebelum ni tak pernah terlintas kat fikiran pun yang Aten boleh jahit pouch bag even yang paling simple pun. Kat bawah ni ada simple video Aten buat pouch bag. Jom la tengok! Hehehe
Aten sangat recommend kat korang untuk guna mesin jahit Brother JK17B ni. Bersaiz kompak dan sangat mudah digunakan di mana jua.

Harga Mesin Jahit Brother JK17B : RM859

GIVEAWAY CONTEST!
Brother sedang membuat giveaway contest kepada followers dorang di FB dan IG. Korang pun berpeluang untuk memenangi mesin jahit JK17B ni kalau korang join contest. Brother nak bagi 6 mesin jahit ni tau kat korang. Jangan lepaskan peluang keemasan ni! Rugi tak join sebab contest dia senang gila! Klik bawah ni untuk join contest dorang k? Good luck semua!

Untuk tahu lebih lanjut mengenai mesin jahit Brother JK17B ni, layari media sosial mereka di bawah ni ;

Post a Comment

11 Comments

  1. Comelnya mesin jahit Brother ni. Mereka yang minat menjahit ni berbaloi sangat la mendapatkan mesin jahit ni.

    ReplyDelete
  2. Mesin jahit yang mudah ni lah LH cari sebab LH menjahit pun stage 1 baru. Hahahaha. Kalau ada sulam pun best juga

    ReplyDelete
  3. Mesin jahit pun 'comel lote' zaman sekarang. Buatkan kita yang tak ada feeling nak me jahit pun terasa nak belajar me jahit. Bagus all features available. Tapi satu je, Madam B tak ada 'luck'when it comes to menjahit. Cool stuff anyway.

    ReplyDelete
  4. comelnya mesin jahit ni tapi sayang saya tak reti menjahit. kalau tidak dah lama saya beli..haha

    ReplyDelete
  5. Comel sangat mesin jahit tu. Mudah dan cepat lah lepas ni nak menjahit apa2 pun kan.

    ReplyDelete
  6. Makin canggih dan menarik rekaan Brothers sekarang. Nak menjahit pun bahagia bila sebegini mesinnya - dah la warnanya menarik :)

    ReplyDelete
  7. Nampak easy to use je model ni. Cantik pulak warna biru edisi ni. Kecil dan senang dibawa ke mana2. Nanti boleh riki2 model ni jugak

    ReplyDelete
  8. Nice compact betul mesin jahit ni.. Senang dibawa ke mana2 saja bila diperlukan... Tak mcm dulu2.. Nak ubah posisi pun berpeluh o...

    ReplyDelete
  9. Tertarik dengan mesin jahit dia.. Dahla comel, corak menarik.. Warna biru pulak tu.. Baca entry aten sennag menjahit bestnya..

    ReplyDelete
  10. Jenama Brothers ni memang terkenal dalam industri kraf dan jahitan. Mak akak pakai, adik akak pun pakai. Harga pun mampu milik.

    ReplyDelete
  11. cantiknyaaa mesin jahit. i like. nak bagitahu adik la sebab dia tgh cari mesin jahit

    ReplyDelete