Ceritera Hamil 2.0 : Baby PKP in the making! HAHAHA

Alhamdulillahhh!
Aten sekarang hamil anak kedua. Sampai sekarang Aten masih tak percaya yang Aten hamil lagi sekali. Hahahaha

Cemana tau Aten pregnant?
Hahahaha! Aten sedar Aten pregnant time masa bulan puasa haritu. Aten punya menstrual jenis yang regular tiap bulan. So, boleh agak bila tak boleh puasa. Lambat 9 hari dah. Ayokkk! Hahaha terus masa lepas sahur check guna UPT. Time ni la tau pregnant. OMG Aten pregnant lagi! Hahahaha. Tetiba terbayang masa beranak Ammar dulu kena induce 3 kali. Aaaaa seram >.< hahaha.

Dan dan tu lah lepas dapat tau pregnant, time puasa badan sejuk menggigil bagai. Tak mampu puasa 4 hari. Hukhuk. Takpelah nak buat acano kan. Kuikui

Perasaan bila dapat tau Aten hamil lagi?
Mixed feeling! Terus pandang Ammar. Mampu ke aku nak jaga dua anak ni. Ammar pun kekadang tak terkejar nak layan kerenah dia. Aktif bebeno. To be honest, rasa macam tak mampu. Tapi kalau tak cuba taktau kan. Nasib baik family Aten dekat je. Boleh tolong Aten apa yang patut kalau Feeq busy.

Lepas raya haritu pergi check up dekat klinik area rumah Aten. Klinik ANDA dekat Balakong. 8 minggu time checkup tu. Pergi awal2 pun kang tak nampak baby. Macam pregnant Ammar sebelum ni. Alhamdulillah baby semua ok. Seronok sangat bila scan tu. Dapat tengok baby dalam perut. Memang setiap bulan paling Aten nantikan ialah time scan. Sebab nak tau perkembangan Adik Baby #LittleFF . Sekarang kandungan Aten dah masuk 21 minggu; 5 bulan. Tarikh EDD In Shaa Allah tahun depan 12 Jan 21 kalau takde komplikasi apa2. Mungkin akan bersalin dekat HUKM jugak sebab dah familiar dengan suasana kat situ masa bersalinkan Ammar. Semoga PKP cepat habis, takde la Aten mereput sorang2 kat hospital nanti. Hahaha!

Doakan Aten dan Adik Baby #LittleFF sihat tau!

0 comment... add one now