Jom Raya secara Sihat dengan Kismis California

Harini Aten nak share dengan korang satu artikel yang Aten baca oleh pakar diet dan pemakanan Nur Aziah Musa. Sedar tak sedar lagi berapa hari je kita nak puasa kan. Cepat betul rasa puasa tahun ni tiba-tiba je dah nak raya. Tau tau je lah bila dah nak raya ni, terbayang segala jenis makanan raya. Rendang ayam, rendang daging, rendang tok, kuah lodeh, kuah kacang dan banyak lagi lah. Opss kuih raya pun berjenis-jenis. Bila kena raya dekat rumah sendiri je sejak PKP ni, memang kejap2 makan ye dak untuk hilangkan bosan. Hehehe.

Bila dah makan banyak, haaaa apa lagi kalau berat yang naik betul tak? Penat puasa berat turun tiba2 raya berat naik pulak. NO NO NO ye semuaa! Pengambilan makanan yang tidak terkawal dan berlebihan boleh menyebabkan kenaikan berat badan secara mendadak di musim perayaan ini. Ianya juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kronik untuk jangka masa panjang. Oleh itu, adalah disarankan agar amalan pemakanan yang sihat semasa bulan Ramadhan boleh diteruskan di sepanjang bulan Syawal ini.

Antara garis panduan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut :
  1. Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil
  2. Pilih makanan yang sihat.
  3. Pilih makanan yang tinggi serat
  4. Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak
  5. Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut
  6. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam
  7. Minum air kosong berbanding minuman berperisa seperti berkarbonat atau minuman yang manis/bergula.

Perancangan menu untuk tetamu yang bakal hadir rumah juga hendaklah diberikan perhatian untuk memastikan keseimbangan pengambilan makanan dan penggunaan tenaga. Pelbagaikan menu dengan menyediakan pelbagai pilihan buah-buahan segar dan salad sayur- sayuran atau buah kering secara semulajadi seperti Kismis California untuk hidangan menu yang lebih sihat. Menu yang sihat adalah daripada kaedah masakan seperti bakar, panggang, kukus dan rebus.
Kalini pakar diet dan pemakanan Nur Aziah Musa berkongsi tentang Kismis California. Kismis California adalah sejenis bahan yang sangat serba boleh digunakan di dapur. Ianya boleh digunakan dalam pelbagai sajian makanan pastri, manisan dan minuman. Kismis California adalah sumber makanan segera yang mudah dan boleh menjimatkan masa untuk para ibu suri rumah & profesional yang mahukan kaedah cepat & mudah untuk membuat sendiri juadah makanan. 

Antara sumber pilihan makanan sihat yang boleh disediakan untuk juadah Hari Raya adalah daripada buah-buahan kering seperti Kismis California. Kismis California merupakan sumber makanan yang manis secara semulajadi. Seperti yang ditekankan melalui slogan “Sweet Naturally”, Kismis California tiada gula tambahan dan ianya merupakan antara kismis terbaik di dunia kerana kualitinya yang bermutu dan mematuhi standard penghasilan yang tinggi.

Kismis California adalah contoh snek sihat, menjimatkan dan senang untuk kita perolehi. Ianya di pek dalam bungkusan kecil yang mudah dan muat untuk dibawa ke dalam beg tangan menjadikannya pilihan snek yang sangat mudah untuk dinikmati.

Jom cuba resepi mudah dari pakar diet dan pemakanan Nur Aziah Musa di bawah ni. Boleh jamu kepada tetamu yang hadir raya nanti!
Resipi Puding Roti Kismis California dan Sos Kastad
Bahan-bahan Puding Roti
4 sudu besar Kismis California
2 sudu makan mentega dicairkan
8 keping roti sandwich
500 ml susu segar
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Sos Kastard
Susu segar 400 ml
Air 50 ml
1 sudu makan gula perang
2 sudu makan tepung kastard

Cara Penyediaan Puding Roti
1) Masukkan 500 ml susu segar dalam bekas
2) Tambah 3 biji telur
4) Masukkan mentega yang dicairkan
5) Masukkan 1 sudu teh esen vanilla
6) Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati
7) Carik, potong 8 keping roti sandwich dan tuang bahan yang dikacau tadi ke atas roti
8) Biarkan selama 10 minit supaya adunan terendam sebati.
9) Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan roti tadi
10) Taburkan Kismis California
11) Bakar selama 30 – 35minit, pada suhu 160 Celcius

Cara Penyediaan Sos Kastard
1) Tuangkan susu segar
2) Masukkan air
3) Tambah gula
4) Tambah tepung kastard dan kacau sebati untuk mengelakkan berketul
5) Masa atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan tutup api

Puding roti dan sos kastard yang sejuk boleh dihidangkan sebagai snek minum petang yang
sihat dan berkhasiat.
Resepi Dadih Dengan Sos Mangga dan Kismis California
Sos Buah Mangga dan Kismis California
3 sudu besar Kismis California
1 biji mangga dipotong kiub
½ biji mangga pureed

Bahan Dadih
2 cawan air
10 g serbuk agar-agar
1 litre susu segar
3 sudu makan gula perang

Cara Penyediaan Dadih
1. Panaskan air dan masukkan serbuk agar2 hingga larut dan mendidih
2. Masukkan susu segar dan gula
3. Apabila sudah mendidih tutup api
4. Letakkan di dalam bekas dan biarkan sejuk
5. Masukkan ke dalam peti ais

Cara Penyediaan Sos Buah Mangga
1. Kisar mangga hingga menjadi pureed
2. Letak dalam bekas dan campurkan bersama mangga yang dipotong kuib

Dadih yang sudah mengeras dan sejuk sedia dihidangkan. Tuang sos mangga di atasnya bersama Kismis California. Sedap dinikmati sebagai juadah manisan yang sihat dan menggunakan manisan buah semulajadi.

Jadi, rancang pemakanan harian korang mengikut panduan piramid makanan. Ini akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama korang. Oleh itu, korang harus menikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan pengambilan harian yang disarankan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenaifakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis
California, korang boleh lawati laman web 

Makan Secara Sihat, Resepi Kehidupan Sihat

Post a Comment

0 Comments