Buttonscarves X Elfira Loy, Gaya Muslimah 'modest'


Siapa kat sini tak kenal Elfira Loy kan? Yang kecik comel tuuu, yang pernah dikenali di Indonesia kerana beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana, baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves di sana.

Artis bertudung yang memiliki seramai 4.8 juta pengikut di Instagram itu menjadi artis Malaysia pertama bersatu dengan jenama dari seberang ini.
Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy  hadir dengan sebuah koleksi istimewa dipanggil The Maharani Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak. Tengok kotak tu sweet kan warna dia. Dedua warna feveret Aten. Hahahha

Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan. Asalnya Elfira Loy memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu.
Koleksi itu dilancarkan di Indonesia pada hari ini, 24 April yang juga hari pertama kita meraikan Ramadan penuh mulia.

Koleksi The Maharani Series memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India. Koleksi ini menggunakan bahan scarf kapas voal dan satin silk yang selesa untuk dipakai.

“Pada awalnya kerjasama itu mahu dimulakan selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah  koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu. Buat permulaan kerjasama ini berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei.  InsyaAllah tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan,” kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini.

Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram. Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp.  Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung. Alhamdulillahh rezeki anak kan.
Elfira Loy sejak dua tiga tahun lalu juga sebenarnya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini. Kalau terbang ke Jakarta, mesti beliau akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana material dan kualiti kainnya cukup selesa dan kemas.

“Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani ,” katanya.

Ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid 19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.

“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.

“Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih. Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” katanya.
Sementara itu, pihak Buttonscarves melihat kerjasama terjalin dengan Elfira cukup tepat dengan personaliti, aura dan imej bertudung dimilikinya.

“Ini juga kerjasama perdana dan sulung kami dengan artis dari negara lain. Cita cita itu dah lama dan akhirnya berjaya direalisasikan kini. Malaysia dan Indonesia sendiri negara serumpun yang berhubungan baik.

“Selama ini kami mencari calon yang sesuai berkolaborasi dengan Buttonscarves. Ternyata Elfira sudah menjadi seorang penggemar Buttonscarves sejak dulu. Personaliti dimilikinya juga menjadi terjemahan nuansa fesyen kami.

“Setelah berbincang kami pun memutuskan untuk menjalinkan kerjasama  khusus di bulan Ramadan ini. Kami juga merancang untuk membuka premis jenama tudung ini di tiga pusat beli belah di Malaysia termasuk Avenue K kelak,” ungkap Linda Anggrea selaku Pengarah Kreatif Buttonscarves.

Koleksi ini dinamakan Maharani kerana gelaran itu di India diberikan kepada pemimpin wanita. Dalam bahasa sanskrit India, erti nama Maharani merupakan gabungan dari kata Maha yang bererti Agung dan Rani yang dimaksudkan sebagi Ratu.
Koleksi ini diilhamkan daripada istana di Jaipur, India yang merupakan destinasi terbaru Buttonscarves ketika sesi fotografi koleksi diadakan. India merupakan destinasi yang masih tergolong unik dan patut diteroka keraan banyak menonjolkan keunikan seni bina, motif, dan budaya.

Korang boleh dapatkan The Maharani Series di  laman sesawang, www.buttonscarves.com dan juga aplikasi Buttonscarves. Ketika ini pihak Buttonscarves turut memberi diskaun penghantaran percuma  kepada pelanggan yang membeli tudung buttonscarves RM200 ke atas. Harga jualan bermula dari RM125 hingga ke atas. Hasil penjualan siri tudung The Maharani Series ini juga akan digunakan untuk membantu mangsa COVID-19 di Indonesia dan Malaysia. Membeli sambil menderma gitu.

Jenama Buttonscarves yang bermula sejak 2016 itu bukan sahaja sukses di Indonesia. Malah di pasaran Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam hingga sempat bertandang ke negara Uncle Sam (U.S)

Untuk maklumat lanjut mengenai Buttonscarves ni, korang boleh klik, 

{ 7 comments.. read them below or add one }

Kak Fas Kak Fas 25 April, 2020
Memang cantik kan koleksi tudung ni. Jom kita ramai2 pakat p bila #buttonscarves dah buka kat KL nanti.-Kak Fas
Balqis Athirah Balqis Athirah 26 April, 2020
EL makin cantik sekarang. Dah kolaborasi dengan Buttonscarves mesti lagi cantik. Koleksi The Maharani ni lain daripada yang lain. Pemilihan warna pun menarik
Cik Lily Putih Cik Lily Putih 29 April, 2020
minat kak lily tudung corak moden ni kan, lawa betul
Thirteen Thirteen 04 May, 2020
Elok dia launch time puasa. Nak pakai pun selesa sbb sejuk. Skrg ni dh boleh keluar rumah lagi lah, kena selesa sbb dah lama tak keluar rumah kan. Haha.
https://customcollegeessays.com/blog/essays-for-college https://customcollegeessays.com/blog/essays-for-college 11 May, 2020
For about five years ago, I didn't understand Islamic style. Now, I can say, that it is very beautiful. As for me, this style has a special highlight.
My Homework My Homework 14 May, 2020
It is wonderful when the designers respect traditions and create unique and gorgeous things that are based on national clothes.
Roman Davis Roman Davis 22 August, 2020
You are looking very beautiful in this dress.Are you on trip?I am very impressed to read your style which is very unique from us. phd dissertation writing services