#AJL33 | Keputusan Penuh AJL33

Anugerah muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu buat kali ke 33 pada 3 Februari 2019. Bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, AJL 323 kali ini membawakan tema “Supernova” demi mengangkat martabat komposer, penulis lirik serta penyanyi setiap lagu finalis AJL 33 ini.

Setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang dalam kategori; Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua, dan Juara Lagu. Pemenang setiap kategori akan memenangi sebuah trofi AJL dan hadiah wang tunai.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad.

Juara AJL 33 : Hael Husaini & Dayang Nurfaizah - Haram
RM 50, 000 berserta trofi AJL

Tempat ke-2 AJL 33 : Ara Johari - Bunga
RM 35, 000 berserta trofi AJL

Tempat ke-3 AJL 33 : Misha Omar - Sampai Bila
RM 20, 000 berserta trofi AJL

Anugerah Vokal Terbaik AJL 33 : Misha Omar - Sampai Bila
RM12, 000 berserta trofi AJL

Anugerah Persembahan Terbaik AJL 33 : Sufian Suhaimi - Dimatamu
RM12, 000 berserta trofi AJL, telefon pintar Samsung Galaxy A9

Tahniah semua! Semoga tak jemu memeriahkan industri muzik tanahair :D

0 comment... add one now