Rahsia Cantik Janna Nick - NH Colla Plus 3

Minggu lepas Aten berpeluang untuk join event Meet & Greet dengan Janna Nick anjuran Watsons. Janna Nick kot! Aten dah lama gilaaaa teringin nak jumpa dia tapi selalu tak berkesempatan. Haritu dapat jumpa sebab Aten ada kad VIP Watsons! Untungkan. Sebenarnya banyak gilaaaa benefit kalau korang ada kad Watsons ni. Nanti kalau korang datang Watsons, jangan lupa register untuk jadi ahli Watsons tau. Hehehe.
Minuman Kecantikan NH Colla Plus 3 diperbuat daripada ramuan kecantikan kulit yang berkesan iaitu, Yis Seramida, Ekstrak Zaitun serta bahan berkualiti lain untuk mengembalikan keremajaan kulit yang sebenar. Yis Seramida meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit, memulihkan dan mengekalkan kelembapan, menyokong struktur kulit untuk mengelakkan kedut dan garisan dan membantu menghalang pengeluaran melanin. Ekstrak Zaitun membantu mengurangkan pigmentasi kulit dan mempromosikan nada kulit yang lebih cerah.Gabungan ramuan yang sukar ditemui dan kajian terkini telah mendorong kepada perubahan kulit wajah yang nampak berseri, licin dan sihat. 

Formula unik NH Colla Plus 3 mempunyai sedikit rasa pahit kerana ianya berasal dari bahan-bahan semulajadi, dan tanpa bahan pengawet, perasa sintetik, pewarna dan bahan tambahan kimia. Keistimewaan NH Colla Plus 3 ni lah telah menjadi pilihan Janna Nick dan pastinya pilihan Aten jugak. Ayuhh langkah penuh yakin ke arah era kulit baru dengan NH Colla Plus 3!

NH Colla Plus 3 sesuai untuk diminum oleh kedua-dua jantina lelaki dan perempuan yang berusia 18 tahun dan ke atas. NH Colla Plus 3 sesuai untuk semua jenis kulit, dengan atau tanpa masalah kulit. 

Cara Minum NH Colla Plus 3 :
Hari 1 hingga 6: Minum satu botol setiap hari sebelum sarapan pada waktu pagi atau sebelum waktu tidur.
Hari ke 7 dan seterusnya: Ambil satu botol setiap selang satu hari.

Review NH Colla Plus 3 :
Bila tengok kulit Janna Nick cantik elok je, terus Aten cuba 1 kotak NH Colla Plus 3 ni. Dalam satu kotak kecik tu ada 6 botol. Harini merupakan hari ke-6 Aten consume NH Colla Plus 3. Aten ada rasa sedikit perubahan bila consume 6 botol pertama tapi tak banyak lah. Mungkin result berbeza mengikut individu. Minggu ni husband Aten (Feeq) outstation ke China, jadi Aten yang kena jaga Baby Ammar dan juga manage business Feeq.  2 3 harini Aten drive ulang alik dari Serdang ke Petaling Jaya untuk urusan meeting client. Surprisingly, Aten tak rasa penat pun! Bila dah busy macam ni, Aten sempat cuci muka je time mandi. Pelembap, sunblock semua tak sempat pakai, tapi magic happen! Kulit Aten tak kering sangat dah macam dulu. Kulit kasar kat tangan pun dah kurang. Tapi takde la licin betul. Kurang je baru. Kena consume banyak lagi kot. Yelah umur dah semakin meningkat ni. Hehehe. Kulit muka Aten takde lah cerah, tapi konfiden dah tinggi bila jumpa client tapi tak makeup. Hebatttt penangan NH Colla Plus 3. Harga pun reasonable. 6 botol RM48. Bagi Aten, ok sangat harga dia. Sedap pun sedap perasa anggur. Tak cukup minum 1 botol tu 1 hari. Hahaha. Korang boleh dapatkan NH Colla Plus 3 di Watsons terdekat korang ataupun boleh beli online di website Watsons. Jimat masa, jimat tenaga. Ye dak? 
Jom dengar apa Janna Nick cakap mengenai NH Colla Plus 3! 


Untuk maklumat lanjut mengenai NH Colla Plus 3, 

Post a Comment

0 Comments