Buffet Ramadan @ The Everly Putrajaya

Haritu Aten ada menghadiri preview buffet ramadan anjuran The Everly Putrajaya. The Everly Putrajaya ni kalau korang nak tahu, lokasi dia di sebelah Alamanda je. Hehehe

Tahun ni The Everly Putrajaya membawakan tema Rencah Nusantara yang menampilkan 4 Chef, 4 Rasa yang mengetengahkan hidangan istimewa dan popular di empat zon negeri di Malaysia. Ia juga untuk memperkenalkan 4 orang chef dengan keistimewaan masakan tersendiri dari empat pelusuk tanah air.
Di atas merupakan antara yang mendapat perhatian dari tetamu yang hadir masa preview haritu. Aten dan Feeq pun makan bertambah-tambah. Hehehe
Antara menu khas yang disediakan buat para pengunjung adalah Asam Pedas Tetel Tulang Rawan yang merupakan hidangan yang begitu sinonim dengan negeri-negeri di Selatan tanah air; hidangan wajib bagi pantai timur negara kita adalah Ikan Patin Masak Tempoyak & Perut Masak Asam. Selain itu, adalah Apam Balik Crispy yang merupakan salah satu hidangan wajib minum petang di negeri-negeri bahagian pantai Barat. Akhir sekali, tidak lengkap jikalau hidangan istimewa dari utara negara kita ini tidak diketengahkan iaitu Mee Kuah Daging. 
The Everly Putrajaya turut m 'Live Stall" di mana makanan yang dibuat adalah secara live dan mana tau kita boleh belajar sikit-sikit resepi lazat dorang dan praktikkan di rumah. Betul tak? Lagi-lagi orang yang macam Aten ni. Kena belajar lebih sikit :3
Setiap kali berbuka puasa, apa yang lagi yang orang akan tunggu kann. Semestinya pencuci mulut. Trust me semuanya sedap dan kena dengan selera Aten. Kalau korang singgah, jangan lupa cuba semua tau :D
Selain itu, korang akan dihiburkan dengan busking semasa korang menjamu selera. Mesti bertambah-tambah makan. Hehehe.

Harga Buffet Ramadan @ The Everly Putrajaya :
Tempahan biasa : RM98
Tempahan berkumpulan : Percuma 1 untuk setiap 10 tempahan
Diskaun 50% untuk kanak-kanak 6-12 tahun & warga emas  60 tahun ke atas

Pakej Penginapan RM369 nett
Penginapan 1 malam beserta sahur dan bufet berbuka puasa untuk 2 orang

GIVEAWAY ALERT!
Aten nak bagi 2 voucher berbuka puasa di The Everly Putrajaya kat korang. Senang je caranya :
  1. Like FB page Aten : Fatin Bella Dot Com
  2. Like FB page The Everly Putrajaya : The Everly Putrajaya
  3. Screenshot bukti korang dah like dan PM Aten
  4. 2 orang yang PM Aten akan dapat voucher ni sorang satu
Mudah kan? Goodluck gais! Terbuka untuk semua orang :D [CLOSED]

Untuk maklumat lanjut mengenai bufet ramadan di The Everly Putrajaya, follow :
For reservation: 011-63186029

0 comment... add one now