Ceritera Hamil : Perubahan Tubuh Ketika Hamil

Perubahan Tubuh Ketika Hamil :


1. Kehidupan Seks
Perubahan hormon boleh membuatkan kita mahu sama ada lebih atau kurang seks. Kedua-dua keadaan ini, berdasarkan kepada keadaan hormon.

2. Payudara Sensitif
Payudara biasa terasa lebih besar, sensitif atau sakit. Warna puting akan menjadi lebih pekat dan akan menjadi lebih gelap sepanjang kehamilan.

3. Sembelit
Ini terjadi kerana kekurangan vitamin dan air. Lebih kerap terjadi jika korang mengambil zat besi. Rahim juga akan menekan usus kecil dan menyebabkan pembuangan air besar tidak lancar. Minum lebih air putih dan juga lakukan senaman ringan secara rutin.

4. Perubahan Kulit
Kulit sering menjadi kering dan menjadi lebih gelap pada beberapa bahagian. Ini kerana hormon yang meningkat. Kadangkala, kulit muka akan menjadi berminyak dan jerawat sering muncul.

5. Masalah Buang Air Kecil
Hal ini sering terjadi pada trimester ketiga kerana rahim telah menekan pundi kencing. Pemakaian seluar dalam yang selesa harus dititikberatkan agar kebersihan sering terjaga.

6. Peningkatan Berat Badan
Ini adalah wajar semasa hamil. Nafsu makan akan meningkat dengan drastik kerana perubahan hormon. Pastikan makan makanan yang seimbang mengikut keperluan kehamilan.

7. Sakit Kepala
Ini kerana peningkatan salur darah serta pembengkakan hidung yang menyebabkan hidung senang tersumbat. Perubahan hormon dan kesukaran untuk bernafas juga mengakibatkan sakit kepala

8. Gusi / Hidung Berdarah
Ini juga disebabkan oleh faktor hormon yang meningkatkan peredaran darah.

9. Mual dan Kerap Muntah
Mual terhadap makanan tertentu adalah normal dalam tempoh kehamilan. Ini kerana meningkatnya hormon di dalam badan. Boleh diatasi dengan makan dalam jumlah sedikit tapi kerap.

10. Merasa Lelah
Ini kerana tubuh bekerja secara aktif untuk menyesuaikan fizikal dan emosi untuk kehamilan. Peningkatan hormon juga mempengaruhi pola tidur. Cukupkan rehat untuk mengurangkan rasa lelah.

Aten dapat tau mengenai perubahan tubuh ketika hamil ni melalui diari ibu hamil yang Aten tengah guna yang diberikan oleh Klinik MyFamily by MySonoworld. Dalam buku ni lengkap dengan panduan untuk ibu hamil terutama mereka yang hamil kali pertama. Jadi, Aten share pulak dengan readers kesayangan Aten. Benda baik kita perlu kongsi sesama kan? Semoga bermanfaat untuk semua 💖

Post a Comment

0 Comments