Uptown Puchong Night Bazaar : Bazaar Malam Berkonsepkan Moden

Uptown sememangnya terkenal dengan kepelbagaian barangan yang boleh dimiliki pada harga yang murah. Tak kira lah dari segi pakaian lelaki dan perempuan, makanan, barangan rumah, permainan kanak-kanak, barangan sukan, barangan runcit dan macam-macam lagi. Tetapi satu yang Aten tak suka mengenai kebanyakan uptown di Malaysia ialah ianya dibuka pada waktu malam dan tempat yang diadakan terbuka. Bagi perempuan macam Aten, Aten rasa tak selamat kerana kebanyakan uptown buka 10 malam ke atas which is Aten rasa tak sesuai untuk Aten lepak. But well, different people have different opinion right?
Baru-baru ni Aten discover 1 bazaar malam @ uptown berkonsepkan moden di dalam bangunan. No more payung pasar malam! Hehehe. Uptown Puchong Night Bazaar (UPNB) merupakan uptown pertama dalam Malaysia yang memperkenalkan konsep moden dan tersusun di dalam perniagaan lewat malam.
Elok je sampai sini, memandangkan semua tak makan lagi, kitorang terjah shellout dari gerai Mafioso Shellaut. Memang thorbaek! Licin semuanya. Hahahaha.
Bila bercakap tentang uptown memang akan relate dengan parking. Kebanyakan uptown di Malaysia tidak mempunyai kemudahan parking kereta dan ianya sangat menyusahkan mereka yang nak datang. Tetapi tidak di Uptown Puchong Night Bazaar. Ada padang besar yang dijadikan parking kereta untuk mereka yang hadir. Jadi, tak perlu la bersesak dan berebut parking ye dak? 
Uptown Puchong Night Bazaar merupakan di lokasi yang strategik. Ianya terletak di Jalan Besar Puchong-Putrajaya/Cyberjaya. UPNB berdekatan Tesco Extra Bukit Puchong dan bersebelahan Pasaraya Hero dan Petronas.

Antara sebab kenapa korang kena datang Uptown Puchong Night Bazaar : 
  • Wifi percuma
  • Persembahan muzik
  • Karaoke
  • Shisha
  • Event
  • Parking percuma
  • Siaran bola sepak
  • Tayangan filem
  • Promosi
  • Medan selera yang luas
  • Air cooler
  • Mist fan
  • Surau
  • Skrin LED gergasi
Menarik kan?
UPNB beroperasi dua tahun lalu oleh LDP-Mayfair Assets dengan visi untuk menyediakan platform untuk para usahawan mengembangkan perniagaan mereka. Jadi, sesiapa yang ingin tahu penangan Uptown Puchong Night Bazaar ni boleh lah mula berniaga di sini. Mereka mempunyai pelbagai kemudahan dan jangan risau kerana kawalan keselamatan disini dijalankan 24 jam!

Berminat untuk memulakan perniagaan disini?
Boleh hubungi : 016 444 9657 (Winnie)
Di Uptown Puchong Night Bazaar juga ada ruangan untuk disewa bagi sebarang event khas dengan harga yang cukup murah seperti kawasan lapang di belakang yang berukuran 7,200 persegi untuk disewa untuk 'jualan gedung atau warehouse sale' dengan kadar RM1,000 sahaja.
Skrin TV yang besar! Tengok game bola memang sangat meriah kalau camni. Lagi-lagi kalau pergi dengan satu team dengan kita kan? :p

KRU WORD SHOES
Salah satu kedai yang menarik perhatian Aten di Uptown Puchong Night Bazaar ialah kedai Kru Word Shoes!  Kru Word Shoes menjual pelbagai jenis jenama kasut secara retail dan borong seperti Adidas, Nike, Puma, Red Wing, Timberland dan banyak lagi. Selain dari kasut, mereka juga ada menjual beg outdoor seperti Osprey, Deuter, Northface dan Jack Wolfskin. 
Dengan bermodalkan RM15,000 masa memulakan perniagaan ini, kini Kru Word Shoes berkembang dengan modal RM200,000 - RM300,000 malah menyediakan kasut-kasut desain terbaharu. "Menariknya kami ialah kami tidak menyimpan banyak desain bagi satu-satu jenama agar ianya eksklusif walau pun bukan original tetapi kualitinya tetap terjamin," tambah Nazari. 

Staff kat sini sangat rajin dan sabar melayan kitorang yang rambang mata taktau nak pilih kasut yang mana sebab semuanya cantik! Hahaha. Nak tengok tak Aten ambik kasut mana? 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cantik takkk? Memandangkan Aten pregnant, takde dah pakai kasut tinggi2 jadi Aten memilih kasut sukan untuk dipakai. Sangat selesa! Warna pun soft je. Iloikeeee! Hehehe
Di Uptown Puchong Night Bazaar juga ada dinding grafiti yang cantik dan kreatif untuk ambil gambar kenangan. Hehehe. Overall, kitorang sangat enjoy lepak kat sini dan semestinya Aten akan datang ke sini lagi! :D



Post a Comment

0 Comments