Resepi Chicken Butter Sedap dan Mudah

Haritu Aten mengidam nak makan chicken butter. Selera makan bertambah-tambah sejak ada baby dalam perut ni. Hahaha. Lepastu memang time mood rajin. So, sempat lah snap 2 3 gambar untuk dikongsi dengan reader Aten. Moga dengan gambar yang Aten ambik ni memberi motivasi untuk korang belajar dan masak chicken butter ni. Hehehe

Resepi Chicken Butter Sedap dan Mudah :
Bahan-bahan :
4 keping ayam thigh - potong kecil
Butter
Cili merah
Cili padi
Susu cair
Daun kari
McCormick Sea Salt Grinder
McCormick Black Peppercorn Grinder
Telur
Tepung gandum
Tepung jagung
Cara masak Chicken Butter :

1. Gaulkan isi ayam yang sudah dipotong kecik dengan tepung (tepung gandum&tepung jagung) dan telur. Goreng ayam sehingga separuh masak.

2. Ayam yang sudah disiap masak, letak di dalam pinggan lain.

3. Menggunakan Fry Pan dari Chefology Nature Series, masukkan 2 sudu besar butter.

4. Selepas butter mencair, masukkan cili api, cili merah dan daun kari

5. Selepas naik bau, masukkan susu cair. Kacau sehingga pekat.

6. Kemudian, masukkan garam, black pepper dan ayam yang sudah digoreng tadi

7. Biarkan seketika.

8. Siap untuk dihidang

Post a Comment

0 Comments