Review Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment @ Amante Wellness Beauty

“Memiliki tubuh badan yang ramping dan kurus memang menjadi impian setiap wanita bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia”

Siapa setuju dengan statement di atas? Tak dinafikan hampir kesemua kawan Aten termasuk Aten tidak yakin dengan tubuh badan sendiri dan insecure bila tengok perempuan2 lain yang mempunyai susuk badan yang ramping. Dengan rutin harian yang sibuk, memang tak sempat lah nak beriadah dan tidak mengamalkan diet yang seimbang dan kadang-kadang tu sampai skip meal. Memang tubuh badan idaman tergantung. Terus terang Aten cakap, Aten memang struggle gilaaaaa untuk dapatkan body goals Aten. Serious talk, memang susah! Aten cuba amalkan bersenam setiap pagi dan makan makanan berkhasiat tetapi masih tak capai lagi berat yang Aten idamkan.

Baru-baru ni Aten ada terbaca satu post dari Amante Wellness Beauty yang baru menyediakan rawatan terbaru iaitu Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment. Terus Aten godek2 website dorang dan katanya selepas 1 jam 30 minit rawatan, kita dapat kurangkan 1 inci lelemak di badan kita. Wahhh! Terbayang-bayang kat kepala Aten, rawatan macam mana la mereka sediakan.
One day Aten book appointment dengan Amante Wellness Beauty di Taipan USJ (outlet ke-7 iaitu yang paling latest antara semua) . Alhamdulillahh kalau korang waze memang akan sampai terus di depan kedai. Tapi parking agak limited. Jadi, Aten suggest untuk korang untuk park kereta di parking bertingkat di belakang kedai mereka. Amante Wellness Beauty ni betul2 atas guardian. Pintu masuk di bahagian kanan.
Amante Wellness Beauty di Taipan USJ berlainan dengan outlet yang lain. Mereka menggunakan earth-themed yang kelihatan simple tapi nampak elegan. Andddd Aten suka gilaaa bau Amante Wellness Beauty ni. Sangat menenangkan dan boleh hilang la stress kita bila duduk dalam ni. Aten tak kisah duduk lama2 dalam ni. Hehehe. Dengan staff yang peramah membuatkan kita macam ada di rumah sendiri. Sangat selesa!
Apa yang Aten rasa selesa dengan Amante Wellness Beauty di Taipan USJ ni ialah mereka mempunyai 2 ruangan berbeza untuk pelanggan lelaki dan perempuan yang datang. So, kita yang muslim ni tak perlu risau tentang aurat antara lelaki dan perempuan. Alhamdulillahh, semakin banyak wellness beauty yang menitikberatkan perkara ni. Bilik yang disediakan pula sangat selesa dan tertutup. Berlainan bilik mempunyai fungsi yang berlainan bergantung dengan rawatan apa yang kita ambil.
Ruangan menunggu pun ada tau! Sementara tunggu turn, korang boleh lepak2 di sini :D
Di Amante Wellness Beauty Taipan USJ juga menyediakan bilik untuk pasangan yang mahu membuat rawatan di sini. Ehem ehem, apa lagi? Ayuhh ajak suami dan isteri korang, rehatkan dan tenangkan diri membuat treatment disini. Tak salah sekali sekala reward kesayangan kita untuk treatment macam ni kan?
Aten telah memilih rawatan terbaru mereka iaitu Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment. Treatment ni memfokuskan untuk mengurangkan lemak di bahagian tertentu mengikut tubuh badan kita. Kak Emelda yang merupakan expert therapist akan massage Aten. Memang semua pakaian kena buka dan pakai tuala dan panties disposable yang disediakan. Kak Emelda kata kat peha dan perut Aten banyak lemak. Jadi, Kak Emelda focus kat bahagian perut dan peha Aten. Tapi kat bahagian lain pun Kak Emelda massage juga. Kak Emelda ni peramah gilaaa. Jadi, Aten takde rasa malu sangat bila tunjukkan badan Aten kat dia. Hehehe. Kak Emelda ni kecik je orangnya tapi padu gila bila dia massage!
Ni merupakan antara salah satu machine yang digunakan ketika membuat rawatan. Tak ingat nama dia tapi machine ni mengeluarkan cahaya infrared. Memang panas sikit tapi lampu merah ni akan penetrate ke dalam kulit kita dan pecahkan lelemak kita dengan bantuan serum yang diimport dari Itali. Sesi 90 minit ini merangsang seluruh peredaran tubuh sambil mengatasi ketegangan untuk melegakan seluruh tubuh badan kita. Memang terbaik gila!

Kebaikan Amante’s Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment ialah :
- Membantu mengurangkan berat badan dan juga memberi kesan langsing
- Mengurangkan selulit dan air yang berlebihan
- Meningkatkan kelancaran perjalanan darah di dalam badan
- Memulihkan dan membaiki keadaan kulit 
- Detoksifikasi kulit
- Memberi kesan tona kulit yang lebih baik dan menambah keserian kulit
- Meningkatkan kadar metabolik pada kulit
Ni la Kak Emelda yang massage Aten. Hehehe. Power teruk tangan dia. Padu habis!

First impression Aten bila habis treatment, terus Aten pergi kat cermin dan tengok perubahan di badan Aten. Terkejut dan tak percaya! Kat bahagian tepi pinggang Aten nampak firm je takde gelebeh2. Lelemak di bahagian bawah perut Aten ni dah tak nampak sangat. Kalau lah boleh tunjuk before dan after photo, mesti korang pun impress jugak macam Aten.
Antara servis yang disediakan di Amante Wellness Beauty selain dari body care treatment ialah facial treatment dan juga hair removal waxing.
Overall, Aten memang sangat berpuas hati dengan servis mereka untuk Aten. Semuanya perfect dari awal sampai habis rawatan. Harga yang ditawarkan memang berbaloi dengan servis dan rawatan yang diberikan. Kemungkinan Aten untuk repeat datang sini sangat tinggi. Hhehehe. Lain kali, Aten nak bawak husband Aten sekali. Jom join sekali gaisss! :D

Untuk maklumat lanjut mengenai Amante Wellness Beauty:
Alamat : USJ Taipan Outlet
1st Floor, No.14, Jalan USJ 10/1,
47620 UEP Subang Jaya, Selangor.
(Atas Guardian)
Contact number : 03-5879 9954 / 012 678 3722
Operation hours : (Selasa – Ahad) 10am – 8pm Cuti Hari Isnin


Cawangan Amante Wellness Beauty yang lain :

Bangsar @ Telawi
28A-1, 1st Flr, Jalan Telawi,
Bangsar, Kuala Lumpur.
Tel No: 03 - 2287 9089
11.00am - 09.00pm

Kepong @ Metro Perdana
61A, Jln Metro Perdana Barat 2,
Taman Usahawan, Kepong Utara,
Kuala Lumpur.
Tel No: 03 - 6259 0884
10.00am - 08.00pm

Mont Kiara @ Solaris
1st and 2nd floor
No.17-1, Jalan Solaris 4,
Kuala Lumpur.
Tel No: 03 – 6203 0221
11.00am - 09.00pm

PJ @ Aman Suria
No. C-G- 5, Jalan PJU 1/45,
Aman Suria, 47100
Petaling Jaya,
Selangor.
Tel : 03 - 7803 4664
11.00am - 09.00pm

PJ @ Jaya One
Lot 007 & 009,Level P1
The School @ Jaya One,
72A, Jalan Universiti, 46200
Petaling Jaya,Selangor.
Tel No: 03 - 5879 9954 / 012 – 678 3722
11.00am - 09.00pm

Puchong @ Bandar Puteri
1st Flr, No 22-1,
Jalan Puteri 1/2.
Tel No: 03 – 8062 2652
11.00am - 09.00pm

{ 10 comments.. read them below or add one }

Puan Deeba Puan Deeba 14 September, 2017
Cantik spa dia.. bestnya kalau dapat massage
Atikah Norbaki Atikah Norbaki 14 September, 2017
Ooo..kat taipan... tau tau.. boleh lawan aten la pasni... I is nk kuwus dulu. hahahaha
Kak Su @KakSu Kak Su @KakSu 14 September, 2017
Akak pon teringin gak nak kempis peyot tak moh gelebehh

Kak Su | Membantu ibu2 dirumah membina blog dan bisnes online
rubydotmy rubydotmy 14 September, 2017
Ko dah kurus aten. Meh bg akak yg gemok ni slim kan bahagian tersebut. Hahahahaha.
Betty Liew Betty Liew 14 September, 2017
I have not try their service yet. I heard is good especially massage
Maha Mahu Maha Mahu 14 September, 2017
Kalau kita pergi sana agak2 berapa sesi yer hehehehe tapi kita suka dengan keadaan kita sekarang wakakakaka..
Aneezah Johnson Aneezah Johnson 14 September, 2017
Huft teringin nak kurus ahaha
luqman zakaria luqman zakaria 15 September, 2017
Nak ramping jgk aten! first baca tuh fikir jgk..lelaki boleh ke tak..tak sangka plak dorang siap buat ruang berasingan lagi. benefit pon byk.
sayaiday sayaiday 15 September, 2017
wahh, ada untuk pasangan sekali. boleh la sama-sama hilangkan lemak dekat badan ni. Hahaha