Anlene HEART-PLUS Membantu Menjaga Kesihatan Jantung

Jenama susu dewasa terkemuka, Anlene bersama dutanya Dato Sheila Majid menyeru warga Malaysia untuk menjaga kesihatan jantung mereka dengan menjaga 3 tinggi iaitu kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi dan gula dalam darah yang tinggi. Seruan ini dilakukan pada pelancaran Anlene HEART-PLUS, produk susu tepung baru yang diformulasikan untuk membantu menjaga kesihatan jantung berikutan statistik tahap kesihatan rakyat Malaysia yang membimbangkan.
Gabungan nutrien HeartMax termasuklah Sterol Tumbuhan, Omega 3 (DHA & EPA), dan kalium dengan kebaikan seperti berikut :
  • Sterol tumbuhan membantu mengurangkan kolestrol dalam darah
  • Kalium membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa asid lemak Omega 3 mungkin membantu mengurangkan trigliseria atau lemak dalam darah
Formulasi Anlene Heart Plus diuji mengandungi Indeks Glisemik yang rendah. Pengambilan makanan dengan indeks glisemik yang rendah adalah penting dalam membantu mengurus tahap gula dalam darah.
Walaupun cara pemakanan yang betul merupakan permulaan yang baik. golongan dewasa Malaysia juga perlu melakukan aktiviti fizikal secara kerap untuk menjaga kesihatan jantung yang lebih baik. Untuk mengekalkan kesihatan jantung yang baik, lakukan pemeriksaan jantung tahunan untuk menjaga tahap kolestrol, tekanan darah dan gula dalam darah.

Kekalkan berat badan yang sihat dengan menjaga indeks jisim badan (BMI) supaya berada di antara 18.5 dan 24.9 serta mengawal stress korang. Ini boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan kerap bersenam, yang juga dapat membantu menjaga 3 Tinggi korang.

Anlene Heart Plus kini boleh didapati di kedai-kedai utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Anlene Heart Plus dan tips menjaga jantung yang sihat, layari Facebook Anlene Malaysia di www.facebook.com/AnleneMalaysia dan laman sesawang di www.anlene.com.my 

Post a Comment

0 Comments