Berbuka Puasa di Rabbani Lamb House Memang Berbaloi !

Salam 15 Ramadan!
Kejap je dah separuh bulan puasa kan. Cepat giler masa berlalu. Fuhhh!

Puasa-puasa ni masing-masing busy termasuk Aten. So, baru harini berkesempatan untuk buat review Rabbani Lamb House. Hehehe. Masih segar di dalam fikiran apa yang Aten makan haritu. Apa yang Aten boleh kata, memang tak rugi kalau korang datang sini. 
Tempat letak parking yang luas, staff yang melayan kitorang semuanya baik gila, makanan sedap, tempat senang dicari. Korang hanya waze Rabbani Lamb House, confirm sampai depan restoran. Kemudahan surau untuk solat. Kawasan sekitar Rabbani Lamb House yang bersih. Baru sahaja dibuka 2-3 hari sebelum puasa haritu dan guess what? Fullhouse hampir setiap hari! Yess, korang kena call untuk reserve tempat korang dulu. Kata orang kalau fullhouse tu tandanya makanan yang disediakan memang sedap ye dak? 
Review Rabbani Lamb House :
Alhamdulillahhh Rabbani Lamb House merupakan salah satu restoran yang Aten rasa worth dengan apa yang korang spend. Memandangkan restoran ni baru dibuka, jadi pilihan makanan masih lagi terhad. Aten order Set Nasi Arab Ayam Mandi. Presentation of the food sangat menarik dan ayam mandi tu sangat lembut. Ada sorang kawan Aten tu memang penggemar kambing tegar. Percayalah, dia boleh tau kambing bakar yang korang sediakan tu sedap ke tak. Bila Aten tanya dia, dia cakap kambing bakar yang disediakan di Rabbani Lamb House memang segar, sedap dan lembut. Dia siap cakap antara Ramadan Review yang dia pergi, kambing bakar dari Rabbani Lamb House ni paling terbaik. Air free flow tu yang best. Boleh minum banyak mana sekali pun. Air sejuk, air panas semua ada. Harga pun bagi Aten sangat berpatutan. Bukan sahaja dapat Set Nasi Arab tetapi ada juga pilihan kuih muih/bubur, buah-buahan, sup, salad dan sambal.
Selain itu, akan ada juga persembahan dari kumpulan nasyid terkemuka termasuklah Rabbani, In Team, Far East, Nowseehart dan Munsyid Malaysia. Sambil makan sambil mereka dendangkan lagu dengan cuaca yang sejuk dan pemandangan KL Tower di depan mata pasti menjadikan berbuka puasa korang sangat bermakna. 

Di bulan Ramadan yang mulia ni, bukan sahaja kita dapat berbuka puasa mengeratkan hubungan silaturrahim. tetapi 10% dari apa yang korang belanja akan disalurkan kepada Tabung Syria. Makan sambil beramal.
Terima kasih Rabbani Lamb House, terima kasih Abg Nas! Nanti nak repeat datang sini lagi. Heheh :D
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Rabbani Lamb House, hubungi :
Contact : 013 513 8281
Address : Persiaran Capsquare Kuala Lumpur

Post a Comment

0 Comments