Buffet Ramadhan @ Restoran Nelayan Titiwangsa, Gombak

Haritu Aten dan Feeq ada pergi ke Ramadhan Review di sebuah restoran. Nama restoran ni ialah Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak.
Restoran Nelayan Titiwangsa adalah sebuah restoran terapung yang sangat terkenal di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur sejak tahun 80-an. Walaubagaimanapun, pemilik restoran ini telah berpindah operasi restoran di Jalan Gombak Utara ini pada tahun 2012 atas sebab-sebab tertentu dan menggunakan nama Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak.
Untuk promosi Buffet Ramadhan 2017, Restoran Nelayan Gombak menyediakan sajian yang sangat istimewa dan lebih banyak pilihan untuk mereka yang hadir. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan berbaloi jika mahu berbuka di sini. Menu masakan kampung, Restoran Nelayan Titiwangsa Gombak menyediakan lebih dari 15 menu  termasuk pilihan kerabu dan ulaman tradisional untuk melengkapkan sajian kampung. Restoran Nelayan Titiwangsa, Gombak turut menyediakan menu khas untuk live cook iaitu Daging Gulai Kawah Tanjung dan Daging Salai Masak Lemak dimana rempah yang digunakan adalah rempah asli dan berkualiti.
Menu sampingan Restoran Nelayan Titiwangsa, Gombak adalah secara stall concept iaitu Noodle Selection(Nyonya Kari Laksa dan pilihan Mee, Meehoon dan Keau Tiau), Soup Collection (Sup Kaki Ayam, Sup Sayur) dan Snack Collection (kuih muih, kek , keropok, rojak buah, bubur dan buah-buahan)
Steamboat
Harga Buffet Ramadhan @ Restoran Nelayan Titiwangsa, Gombak :
Dewasa : RM49.90
Kanak-kanak (5-11tahun, Warga Emas 61tahun keatas) : RM24.95
Kanak-kanak bawah 4 tahun percuma.
Restoran Nelayan Titiwangsa, Gombak menyediakan satu ruangan khas untuk usahanwan2 IKS dan PKS untuk produk mereka seperti kuih raya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Restoran Nelayan Titiwangsa, Gombak
Alamat : Restoran Nelayan Gombak, Batu 8 Jalan Gombak Utara Kuala Lumpur.
Contact :
03 6185 8400
013 223 7228
013 296 728
019 293 1397

Post a Comment

0 Comments