Shell #StationStories

Setiap sorang dari kita mesti mempunyai jalan cerita yang  berbeza dalam kehidupan kita. Betul tak? Lagi jauh perjalanan kita lagi banyak pengalaman kita. Lagi tua umur kita, lagi banyak cerita yang kita ada. Am I right? Trust me, jalan cerita yang kita unik dan semestinya tidak akan sama dengan orang lain dan itu yang membuatkan kita berbeza dari orang lain dan istimewa.  Kadang-kadang bila kita dengar kisah hidup orang terdekat kita, mesti kita rasa terharu dan memberi semangat untuk kita terus kuat dalam dunia ni.
Korang pernah tengok tak video #StationStories dari Shell?
Entry kali ni Aten nak cerita kat korang tentang satu usaha murni Shell dalam menghasilkan video inspirasi yang diberi nama #StationStories . Im sure at least antara korang mesti ada tengok salah satu video dari #StationStories tak kisah lah dekat youtube atau social media. Sangat inspiring dan touching tau. Seriousss! Korang kena tengok. Kalau dekat google tu korang search je #StationStories 
Semalam Shell melancarkan #StationStories untuk tahun 2017, satu siri web yang memaparkan kisah benar rakyat Malaysia dan keunikan perjalanan hidup mereka. Tanpa skrip, uji bakat atau pelakon, siri tersebut bergantung pada kisah benar pelanggan yang melangkah masuk ke stesen minyak Shell.
Pada tahun 2015, Shell Malaysia telah mencetuskan satu program transformasi selama tiga tahun yang dikenali sebagai “Welcome to Shell” yang meletakkan para pelanggan sebagai paksi atas dalam apa jua yang dilakukannya. #StationStories disiarkan buat pertama kalinya pada tahun yang sama sebagai platform untuk Shell berhubung dengan rakyat Malaysia dan meraikan kepelbagaian mereka

Berikutan kejayaan edisi pertama, Shell membawa siri web itu ke tahap yang lebih tinggi pada tahun 2016 dengan menampilkan kisah-kisah perkembangan individu dan cerita yang penuh berinspirasi. Kini dalam tahun ketiga, Shell sekali lagi merakamkan pelbagai kisah yang menyentuh hati, seperti dikongsi oleh pelanggan Shell Malaysia dari seluruh negara. 

Sehingga kini, #StationStories telah mencatat lebih 11 juta tontonan di laman Facebook dan YouTube. Kaji selidik yang dijalankan oleh Shell menunjukkan bahawa video itu menyumbang kepada tarikan terhadap jenama, dan meningkatkan rasa ingin membeli produk Shell.

Pada majlis pelancaran #StationStories 2017, Shell menayangkan kisah Rasyidah dan Zakiah, edisi terbaharu dalam siri web itu. Bertemakan persahabatan, kisah yang menyentuh hati itu menampilkan dua orang pelajar universiti yang menjadi sahabat karib selama hampir satu dekad. Video #StationStories edisi 2017 akan disiarkan secara berperingkat sepanjang tahun ini.

#StationStories Aten dan rakan media lain? Watch this!
Untuk maklumat lanjut mengenai #StationStories, sila layari laman web shell.com.my/stationstories

Post a Comment

0 Comments