Jom ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Mei Ini !

Berita baik untuk mereka bakal-bakal pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka hujung tahun ni atau tahun depan, MEFA Events akan mengadakan festival paling popular iaitu Malaysia Wedding Festival yang ke-16 pada 12-14 Mei ni di Shah Alam Convention Centre (SACC) . Wehhh kenapa lah Aten baru tau kan pasal ni, kalau tak, mesti Aten datang sebelum wedding Aten haritu. Mesti boleh jimat banyak. Dengar cerita banyak gilaaaa tawaran best-best. Hukhuk
Untuk pengetahuan korang, penganjuran Malaysia Wedding Festival kali ke-16 oleh MEFA Events ini pasti dinantikan kerana tawaran sehingga 70% diskaun untuk pakej pengantin dan perkahwinan terhad untuk 3 hari pameran sahaja iaitu dari 10 pagi hingga 9 malam. Hanya 3 hari je tau. So, dalam kalendar korang tu lock date cepat-cepat. Promosi macam ni bukan selalu datang tau!
Festival pengantin ini sangat memudahkan kepada bakal-bakal pengantin untuk melakukan persiapan perkahwinan mereka kerana MEFA menganjurkan pameran seperti One Stop Centre Wedding all in, darilah produk katering, pelamin, butik pengantin, kad kahwin, cenderahati, dewan perkahwinan dan pelbagai lagi. Kesemua vendor atau wedding planner yang terlibat dalam menyertai MEFA adalah gabungan dari pelbagai kawasan iaitu dari Shah Alam, Ampang, Bangi, Kajang, Damansara, Gombak dan seluruh Lembah Klang. Keseluruhan vendor membuat promosi di MEFA mempunyai lebih dari 100 tapak promosi!
Apa yang menariknya tentang festival kali ini, dengan setiap tempahan dari mana-mana pakej minima RM500 (terkumpul) di MEFA, bakal-bakal pengantin berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti pakej bulan madu, gadjet, t-shirt, barangan kecantikan dan sekurang-kurangkan coklat. Yang penting, setiap tempahan korang confirm akan dapat hadiah! Wehhh memang berbaloi-baloi! Jangan lupa tempah photographer wedding dengan videographer wedding tau sebab dorang ni memainkan peranan penting untuk merakam momen-momen indah di hari bahagia korang :D
Kalau korang berminat untuk melihat pertunjukan fesyen, pertandingan makeup artist, contoh stage kahwin dari wedding planner dan butik pengantin, jangan ketinggalan untuk datang ke Malaysia Wedding Festival kali ke-16 12-14 Mei ni kerana vendor-vendor MEFA akan membuat pelbagai pertunjukan pada hari sabtu dan ahad khas untuk korang.

Untuk memudahkan pengunjung yang akan hadir ke MEFA nanti, penganjur akan menyediakan maklumat terkini melalui saluran sosial media mereka,
Alamat : Shah Alam Convention Centre (SACC)
Contact : 012 387 1775 (En. Azahari)
Masa: 10 pagi - 9 malam

Post a Comment

0 Comments