Pelancaran Muzik Video Terus Mencintai Siti Nordiana Alias

Selepas 18 tahun bergelar penyanyi, Nana, 33 melangkah setapak lagi dengan cuba meneroka bidang baru dalam penciptaan dan penulisan lagu. Maka lahirlah lagu yang berjudul Terus Mencintai yang mengungkap segala rasa cinta Nana dan kisah benar hidupnya sejak zaman remaja sehinggalah sekarang.
"Lagu Terus Mencintai amat istimewa bagi saya yang mengisahkan kehidupan saya sendiri namun lagu itu tidak ditujukan khusus kepada individi tertentu. Lirik yang saya ilhamkan mengandungi segala rasa cinta dan kisah hidup saya yang sebenar. Boleh dikatakan saya luahkan segala isi hati saya dalam lagu itu," katanya
Menurut Nana atau nama sebenarnya Siti Nordiana Alias, dia mengambil masa yang agak panjang untuk mencipta dan menulis lagu itu kerana dia mahu memberikan yang terbaik untuk single terbarunya itu. Nana mula merakamkan lagu itu menggunakakn 'voice note' sambil meminta pandangan rakan-rakannya bagi mendapatkan melodi yang indah. 
Lagu Terus Mencintai mengambil masa setahun dan siap sepenuhnya Februari lalu dan dilancarkan pada 8 Mac lalu dan sudah diputarkan di radio. Lagu itu meletakkan Nana sebagai seperti penyanyi baru apabila perlu melakukan semua perkara sendiri termasuk aktiviti promosi. Penerbitan single terbaru ini, Nana bekerjasama dengan Luncai Emas dan edaran lagu oleh 17 Eleven Music Sdn Bhd.
Video penuh Nana nyanyi Terus Mencintai (Live)


Post a Comment

0 Comments