Dewan Perkahwinan Murah & Cantik di The Venue Shah Alam

Hi readers kesayangan Aten!
Ada tak sesapa kat sini bercadang untuk melangsungkan perkahwinan tapi masih lagi taktau nak buat kat mana? Entry kali ni Aten nak share dengan korang betapa The Venue Shah Alam ni tempat wajib untuk korang potretkan kenangan hari bahagia korang :D
Jom Aten belanja gambar kat korang apa yang ada di dalam The Venue Shah Alam. Get ready untuk teruja sebab memang nampak macam dekat Grand Ballroom Hotel tau. Hehehe

Mengenai The Venue Shah Alam
The Venue Shah Alam beroperasi pada awal tahun ni. The Venue Shah Alam berlokasi di Seksyen 15 Shah Alam. The Venue Shah Alam merupakan bangunan 3 tingkat yang luas untuk meraikan majlis bahagia korang. The Venue Shah Alam menyediakan pakej perkahwinan termasuk makanan dan dewan pada harga serendah RM23,800. 
6 Sebab Kenapa Korang Kena Pilih The Venue Shah Alam :
  • Dewan berhawa dingin yang disediakan sangat cantik termasuk hiasan dalaman dewan
  • Berkonsepkan Grand Ballroom Hotel
  • Dilengkapi dengan kemudahan lain seperti parking yang luas, surau, bilik VIP dan kawasan lobi yang selesa
  • Ruang parkir yang luas
  • Lokasi strategik dan mudah untuk dicari
  • Menawarkan pakej lengkap perkahwinan di dewan eksklusif di Shah Alam dan pakej termasuk Katering, Pelamin Eksklusif, Busana Baru, Make Up, Photographer, Videographer, Bilik Hotel, Sound System, Photobooth, Kompang Live dan lain-lain mengikut pakej yang dipilih.
Haaaa, terliur tak tengok gambar-gambar kat atas ni? Percayalah seorang Aten masa tengah tulis entri dok terbayang je masa food testing haritu. Nasi beriani, ayam masak merah, daging masak hitam, dalca sayur, acar rampai dan papadom. Fuhhhh! Terus rasa lapar lah walaupun dah makan. Hehehe. Aten datang The Venue Shah Alam ni quite lambat soooo banyak dah habis tapi nasib baik lah ada jugak untuk Aten. Hehehe. Rasa macam setiap kali ada food testing mesti nak datang sini punya lah. Hahaha. Korang kalau nak merasa food dorang ni, korang bukak je FB page dorang. Dorang akan update tarikh bila dan korang kena rsvp tau. Kang takut tak cukup pulak makanan yang disediakan. Hehehe. So far Aten memang berpuas hati dengan kualiti makanan The Venue Shah Alam. Paling sedap makanan yang dorang sediakan ialah daging masak hitam. Seriouss korang kena cuba :D
Untuk maklumat lanjut mengenai The Venue Shah Alam, boleh terjah media sosial dorang okeh :D
The Venue Shah Alam
Address : 
No 15, Jalan 15/22, Tiong Nam Industrial Park, Seksyen 15,
Shah Alam, Malaysia
Contact no : 019-858 5825

5 comments.. read them below or add one

mhownai mhownai 14 April, 2017
Wow. The interior is really classy and the food looks good!
Jia Shin Lee Jia Shin Lee 14 April, 2017
Nice venue and food. Next time hole intro to my friends.
joysofyz joysofyz 15 April, 2017
the place looks luxurious, and the food looks good! should try next time
shamiera osment shamiera osment 17 April, 2017
boleh msk dalam list untuk adik2 punya wedding place nnt..n mmg tgh ushar2 jugak ni..
Ivy Kam Ivy Kam 19 April, 2017
Nice venue and attractive package, will share this with my friends too :)