SKY BOX @ SKYDECK KL Tower - Menara KL Tower

Haritu masa ada event kat Menara KL, Aten dan rakan media lain berkesempatan untuk melawat Skybox @ Skydeck KL Tower. Bayangkan pemandangan dari Grand Ballroom, Mega Bouquet pun dah cantik (gambar di atas) . Terasa dekat gila dengan KLCC. Kalau kat bawah rasa besar giler KLCC, tapi bila kat sini, alahai kecik rupanya KLCC. Hahaha
 Skybox @ Skydeck menjanjikan pemandangan yang sangat awesome dari Menara KL. Yesss, korang boleh tengok pemandangan Kuala Lumpur dari Skybox. Skybox diperbuat daripada kaca lutsinar (transparent) . Kenapa kaca? Sebab nak bagi korang tengok satu Kuala Lumpur yang indah ni dari semua sudut pada ketinggian 300 meter dari darat. Wahhh! Hebakkk! Lagi best kalau korang dapat tengok sunset. Sumpah cantik giler.
Skybox boleh memuat 3-5 orang pada satu masa. Yeppp korang boleh amek gambar sebanyak mana, nak posing macam mana pun takpe asalkan tak melompat lah. Hahaha.
Harga tiket Skybox @ Skydeck : 
RM75/person (MyKad holders)
RM105/person (non-Malaysian)
Untuk maklumat lanjut mengenai Skybox :


Post a Comment

0 Comments