Cantik Tanpa Jerawat dengan Sahi Sarang Burung

Hi readers kesayangan Aten semua!
Entry kali ni Aten nak cerita mengenai satu event yang Aten pergi minggu lepas iaitu pelancaran rasmi produk Sahi Sarang Burung. Korang pernah dengar nama produk ni? Aten pun baru je tau pasal Sahi Sarang Burung ni. Banyak rupanya kelebihan Sahi Sarang Burung ni. Jom baca sampai habis :D
Sahi Sarang Burung merupakan tablet kunyahan yang mempunyai khasiat sarang burung dan Aloe Vera perasa laici yang pertama di Malaysia. Produk Sahi Sarang Burung masih mengekalkan khasiat-khasiat sarang burung untuk kecantikan dan kesihatan dalaman. Ianya sangat mudah diamalkan. Hanya kunyah atau kemam seperti makan gula-gula dan mudah dibawa kemana-mana.
Produk Sahi Sarang Burung telah dilancarkan secara rasminya di Restoran Wondermama, Bangsar Village oleh selebriti terkenal tanahair, Elfira Loy bersama pengasas produk Sahi, Norelissa Idayu Zainal Abidin dan Noor Aimi Mohd Yusoff.
Produk Sahi Sarang Burung mengandungi makanan sunnah seperti Buah Tin, Kismis, Madu dan Kurma dimana sangat membantu dari segi memberi tenaga tambahan dari dalam terutama kepada wanita. Sahi Sarang Burung juga mengandungi Vitamin C (450mg per botol) , Roseship, Sakura, Maqui Berry dan Rice Bran yang mampu merangsang sel dalam penghasilan semula struktur sel kulit untuk menghasilkan kulit yang lebih anjak, lembut, licin dan halus. Rangsangan kepada penghasilan kolagen semulajadi dari tubuh kita juga menjadikan Sahi sebagai suplemen yang tidak mengandungi kolagen kerana tidak semua pengguna sesuai untuk mengambil kolagen tambahan terutama mereka yang mempunyai 'cyst'.
Kelebihan Sahi Sarang Burung
- Membantu merawat masalah jerawat dan jeragat
- Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah
- Memutih, Menghaluskan, Melembapkan dan Melicinkan kulit wajah
- Memperbaiki tekstur kulit
- Agen semulajadi pencerahan dan pemutihan
- Berfungsi sebagai detox dengan melancarkan sistem penhadaman
- Kaya dengan makanan sunnah
Cara Pengambilan Sahi Sarang Burung
- 1-2 tablet sehari
- Minum air putih sekurang-kurangnya 2 Liter sehari
- Elakkan daripada pengambilan kafein selama 3 bulan pertama untuk kesan yang cepat.
Sahi Sarang Burung mengandungi 30 biji dalam 1 botol dimana pengambilan Sahi bergantung pada masalah kulit individu.
Alhamdulillah, Aten menang Grand Prize #SahiJoyMoments di Instagram masa event haritu. Thank you Sahi Sarang Burung! Moga sukses selalu. Aminnnn :)
Untuk maklumat lanjut mengenai Sahi Sarang Burung, sila layari :
Email : sahisarangburung@gmail.com
Hotline : +6011 3173 8548 / +6017 708 9376

Post a Comment

0 Comments