Tips Untuk ke MAHA 2016


Tips ke #MAHA2016 

• Pakai flat shoes/sport shoes/sandal. No high heels please. Tak sesuai. 
• Bawa payung sbb skrng musim hujan

• Kalau bawa anak kecik, blh bawa carrier @ stroller

• Kene ready mental n fizikal utk berjalan skit.

• Macam xsesuai nak bawa mak ayah yg dah tua btongkat bjalan di MAHA. Tp kalau ada kerusi roda ok.

• Makanan dan air byk dijual. Tak payah bawa bekal. 

• Bawa baby wipes incase ada emergency anak2 💩 n ade toilet air perlahan

• Bagi muslimah, digalakkan utk bawa telekung sendiri senang. Telekung sgt limited dan org ramai.

• Make sure hari yg plan utk ke MAHA xde plan lain2 lps tu. Biar sehari suntuk di sana so xde la rushing2. Boleh jln..n rehat kt mana2. Jln lagi n mkn pula..solat n baru balik.. 

• Kalau rasa nak shopping byk, nk beli pokok ka..etc..bawa troli siap2. Troli / bakul pasar pun ok

• Jgn segan makan tester. Alang2 kt MAHA..rasa je tester yg usahawan bg. 

• Parking for visitor RM5. Bayar di pintu keluar nnt

• Kalau nak beli makanan2 dulu.. boleh park dgn masuk dari pintu yg dkt hosp serdang. Tapi kalau nk beli pokok2 ..n jln2 ke taman2..rmh mokcun..kg durian runtuh upin ipin..parking di pintu besar hway dr puchong mhala ke bangi tu.

• Trem selalu penuh. Kalau rasa xlarat jln. Park yg hujung2 parking lot. So di trem nnt kita nak naik ada la tempat ddk. Kalau park depan2.  trem penuh. Diaorg bye2 je kita nnt. 

• Datang awal pagi pun xpe. 9.00pg dah siap parking. Nnt pi pun dgn hati tenang.

• Bawa beg besar skit. So barang2 dibeli boleh sumbat dlm 1 beg. Kalau ada trolley lg bagus.

• Pastikan anak2 dlm pengawasan kita.

• Mana2 anak2 kecil yg jenis kencing xleh tahan, elok dipakaikan pampers. Takut nk ke toilet nnt jauh skit nk jln.

• Buat yg suka mengambil gmbr n selfie,  ada byk lokasi menarik utk ambil gmbr. Gmbr 3D pn byk. Jgn lupa bawa powerbank n extertel card.

• Perkhidmatan penghantaran (delivery services) pembelian anak pokok & brg2 ke kenderaan menggunakan motosikal roda 3 disediakan dgn bayaran minima. Tak perlu risau nk jinjing brg berat ke kereta.

Post a Comment

0 Comments