Manjakan Diri di Beringin Spa & Beauty, Bangi

Hi korang ! Fuh fuhhh dah kawen ni memang tak banyak masa nak update blog. Serioussss. Tiba-tiba je dah malam. Perghhhh! Nak update blog pun sipi-sipi je boleh tulis. 
Entry kali ni Aten nak cerita tentang satu spa yang Aten pergi sebelum Aten kawen haritu. Ada sorang kawan Aten suggest Beringin Spa & Beauty yang berlokasi di Bangi. Memandangkan spa ni dekat dengan rumah Aten, terus Aten pergi. Aten pergi seminggu sebelum kawen. Yela, nak kawen ni mesti lah nak rasa cantik kan. So, ramai yang suggest pergi spa untuk rehatkan diri, manjakan diri dengan servis yang dorang sediakan. Hehehe.
Beringin Spa & Beauty merupakan satu spa yang terletak di Bandar Baru Bangi yang menawarkan pelbagai rawatan seperti urutan badan, rawatan muka, manicure pedicure, sauna, mandi bunga, rawatan rambut dan juga ada menjual barang kosmetik.

Jom tengok apa yang ada dalam Beringin Spa & Beauty :
Walaupun tak berapa luas tapi lengkap semuanya. Yang penting selesa dan sangat menenangkan.
Beringin Spa & Beauty juga menyediakan rawatan spa untuk bakal pengantin yang akan berkahwin. Di Beringin Spa & Beauty ada 3 pakej iaitu Pakej Mempelai, Pakej Ratu dan Pakej Seri Ayu. So, haritu Aten ambik Pakej Ratu yang lengkap dengan rawatan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Alhamdulillah senang kerja. Tak perlu dah pergi banyak kedai nak siapkan diri. Pakej Ratu menyediakan scrub, urut pengantin, mandi bunga, sauna, manicure pedicure dan juga rawatan rambut. Lengkap from head to toe. Durasi untuk pakej ni hanya 5 jam 30 minit je. Hehehe. 

Review Beringin Spa & Beauty :
Sebenarnya selalu je lalu kat area spa ni tapi tak pernah nampak. Nasib baik ada kawan yang suggest kan. Terus Aten carik details kedai ni. Alahai dekat sangat haaa. Guna waze je sampai uolsss. Takde sesat-sesat. Hehehe. Actually, ni first time Aten pergi spa. Spa jenis yang berurut lah. Biasa pergi spa buat facial je. So memula macam nervous la sikit amende kena buat kan. Nasib baik ada staff yang sangat friendly yang banyak tolong dan explain pasal spa-spa ni. Dalam Pakej Ratu yang Aten buat haritu, Aten paling suka urut pengantin. Sumpah 1 jam tak terasa wehhh. Sampai tertidur-tidurlah punya syok. Lepas urut tu perghh terus rasa badan ringan gilerr. Kalau ringan gini, memang setiap bulan lah rasa nak urut. Murah pun murah. Hehehe. First time cuba sauna, memang panas! Hahaha tapi panas yang best. Baru duduk seminit je dah start berpeluh. Duduk dalam tempat sauna tu dalam 20 minit, memang lencun lah dengan peluh. Terus rasa kurus. Hahahaha. Overall, tak terasa lama pun 5 jam 30 minit tu. Sedar-sedar dah habis dah. Memang sangat berpuas hati dengan layanan staff Beringin Spa & Beauty. Sangat relaxing dan enjoy.

Beringin Spa & Beauty
Alamat : No 31C, Tingkat 1, Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9
Bangi, Malaysia
Contact no : 019-264 2721
Operation hour : 8AM-10PM

Post a Comment

0 Comments