Lee Kwang Soo Hero Ayda Jebat

Semalam telah berlangsungnya Runningman Challenge yang diadakan di Paradigm Mall. Yang membuatkan semua datang ke Paradigm Mall kerana adanya penampilan istimewa dari Runningman Korea iaitu Lee Kwang Soo ataupun dikenali dengan Giraffe kerana ketinggian beliau mencecah 1.9M ataupun 190cm. Perghhh tinggi gila! Beza la 40cm dari Aten. Hahaha.
Nak dijadikan cerita semalam, ketika artis Malaysia Ayda Jebat dan bersama rakan artis lain dan Lee Kwang Soo berdiri di atas pentas, Ayda Jebat mengeluarkan phone beliau untuk berselfie tetapi security yang di bawah telah secara tiba-tiba merampas phone Ayda Jebat dan membuatkan Ayda Jebat dan rakan artis lain tergamam. Selepas security merampas phone Ayda Jebat, artis Korea Lee Kwang Soo terus mengambil phone Ayda Jebat untuk mengambil gambar bersama-sama.

Sooo, what do you think?
Hmmmmmmm. Benda-benda tak best gini tak sepatutnya terjadi. Security pun bertindak melulu ambik terus phone tu. Rasanya security tu boleh je cakap elok-elok dekat Ayda Jebat. Security taktau ke beribu tangan peminat artis kesayangan dorang sedang merakam setiap momen apa yang berlaku kat situ? And yesss macam biasa, kuasa viral, video tersebut telah tersebar di Facebook, Twitter dan Instagram. Memang sesiapa yang berada di tempat Ayda Jebat pun akan tergamam. Tak sepatutnya security tu buat macamtu. Sememangnya Lee Kwang Soo penyelamat dan hero Ayda Jebat sebab ambik balik phone Ayda Jebat and yes Prince Of Asia memang tersangat sesuai untuk Lee Kwang Soo. Sangat gentleman kot. Come back to Malaysia please! 

1 comment... add one now