Dapatkan Smartphone Terbaru dengan Program ReNew+ dari CompAsia

Siapa kat sini readers Aten yang rasa setiap kali smartphone baru keluar mesti nak tukar, tapi tapi tapi duit pun cukup-cukup makan je. Hukhuk. Yelaaa, siapa je yang taknak tukar smartphone terbaru kan? Mesti lah nak merasa pakai smartphone yang semakin canggih dengan zaman teknologi yang semakin maju. Aten pun selalu rasa gitu. Dari Samsung S3 ke Samsung S5 dan sampailah Iphone 6. Mana lah mampu nak tukar setiap tahun kan. Lagi-lagi pulak student lagi. Memang kalau nak tukar pun 2 3 tahun sekali. Jeles betul tengok orang yang mampu tukar smartphone setiap kali ada yang baru. Huhu. Tapi, lepas ni kita semua pun dah boleh tukar Smartphone setiap tahun tau ! Wahhhh. Best tau. Baca kat bawah ni sampai habis macam mana nak tukar smartphone setiap tahun! Impian kita semua bakal jadi kenyataan! Hehehe

Haritu Aten dan rakan blogger lain berkesempatan untuk ke satu pelancaran Program ReNew+ dari CompAsia. CompAsia merupakan satu syarikat pelupusan aset teknologi maklumat (IT Asset Disposition) yang terulung. CompAsia yang ditubuhkan pada tahun 2012 untuk membangun industri membaikpulih peralatan elektronik di rantau Asia telah bermula mengendalikan operasi fasiliti pertamanya di Petaling Jaya pada hujung tahun 2012. Aktiviti-aktiviti komprehensif yang dilaksanakan oleh CompAsia termasuk penghapusan data secara selamat serta membaiki, membina semula, mengubah suai dan seterusnya memasarkan semula peralatan elektronik pengguna yang terpakai. Perkakasan elektronik yang dibaikpulih untuk penggunaan semula adalah termasuk pelbagai komputer riba, komputer meja, laptop, monitor, pelayan web, komputer tablet dan telefon pintar yang akan dijual menerusi kedai online sendiri (www.comp-asia.com) dan juga melalui rangkaian pengedaran yang terdapat di seluruh negara. 
Tukar smartphone terbaru setiap tahun? Percayalah kita semua boleh! 
Terbaru, mereka telah memperkenalkan satu program pemilikan yang bijak digelar “ReNew+’’ yang dijangka dapat mengubah cara bagaimana pengguna akan menjual-beli telefon pintar mereka di negara Malaysia, Singapura dan Filipina. Pelancaran ReNew+ dari CompAsia ini adalah merupakan satu langkah perintis yang tidak pernah diterokai atau dibuat oleh mana-mana syarikat ITAD yang berani menembusi untuk bersaing di pasaran telefon pintar baru yang begitu kompetitif di ketiga-tiga negara itu. 
Kini dengan program ReNew+ membolehkan telefon pintar baru semakin mampu dibeli pada setiap tahun. Program naik taraf (upgrade) yang lebih bijak ini telah memperkenalkan tawaran produknya yang pertama iaitu iPhone 7 dan 7+. Korang hanya perlu membayar secara bulanan yang rendah selama 12 bulan dan selepas membuat pembayaran selepas 12 bulan, korang boleh upgrade smartphone korang ke yang lebih baru. Contohnya, korang pilih untuk menggunakan iPhone 7. Korang hanya perlu bayar secara bulanan selama 12 bulan dan seterusnya korang boleh pulang balik iPhone7 korang tu dan upgrade ke iPhone 7+ dan bayar bulanan selama 12 bulan jugak. Kira macam korang sewa iPhone tu selama setahun lah. Lepas pulangkan iPhone7 tu, korang akan dapat duit korang balik, then korang boleh lah bayar untuk iPhone 7+ , jimat banyak tu. Hehehe. Kalau korang suka sangat dengan smartphone tu taknak tukar2, selepas 24 bulan korang bayar, smartphone tu selamat dah jadi milik korang. Tak perlu dah bayar. Hehehe.

Bagaimana Untuk ReNew+ dengan 3 langkah mudah
  1. Buka link www.compasia.com dan pilih smartphone kegemaran korang (shop online)
  2. Pilih store yang korang boleh ambil phone korang dan CompAsia akan email untuk confirmkan details korang.
  3. Selepas terima email dari CompAsia, pergi ke store yang korang pilih dengan menggunakan kredit kad Maybank dan boleh bawak balik smartphone korang dah .
Mudah kan? Dengan Maybank EzyPay, pelan ini menawarkan pembayaran ansuran tanpa faedah sehingga 24 bulan hanya untuk mereka yang layak membeli dengan menggunakan kad kredit Maybank.
Selain itu, korang turut berpeluang mendapat insuran “Phone Guard’ percuma selama setahun sebagai perlindungan daripada skrin retak dan program ni sangat fleksibel kerana bebas kontrak daripada syarikat telekomunikasi. So, korang boleh pilih mana-mana telco yang korang minat!

Buat masa sekarang ni, smartphone IOS sahaja yang boleh digunakan kerana permintaan yang sangat tinggi,Tapi korang jangan risau, Android nanti pun ada. Hehehe. Bermula tahun depan, "ReNew+ yang dianjurkan oleh CompAsia ini akan menawarkan lagi satu program upgrade istimewa khas untuk pengguna yang gemar telefon pintar Android. Program ini akan bercorak ‘jenama bebas’ di mana pembeli mempunyai kebebasan untuk menukar atau menaiktaraf telefon pintar mereka kepada telefon pintar baru yang sama mewah tetapi berjenama lain. Yeayyy! 


Untuk maklumat lebih lanjut:
Website : www.compasia.com

Post a Comment

0 Comments