Pakej Kahwin Murah 2017

Sabtu lepas Aten , Feeq dan rakan blogger lain berkesempatan ke Perkahwinan Eksklusif beramai-ramai yang dianjurkan oleh Mega Wedding Malaysia yang berlokasi di Marina Putrajaya bersebelahan Pullman Putrajaya.  Ni merupakan pengalaman pertama Aten menyaksikan wedding lebih dari 1 pasangan. Hehehe. Biasa satu wedding satu pasangan je. Dalam hati Aten, "Wow, meriah jugak kawen ramai-ramai ni eh" :p hekhek
Sebanyak tiga belas (13) pasangan pengantin telah berjaya diijabkabulkan di Masjid Putrajaya pada hari tersebut didahului dengan ucapan aluan daripada YBhg. Dato Abd Manaf, Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya. Perasmian persandingan pasangan-pasangan bahagia tersebut pula telah dijayakan oleh YBhg. Dato’ Haji Nordin Bin Haji Hassan yang merupakan Naib Ketua Bahagian UMNO Putrajaya merangkap Pengerusi Penduduk Putrajaya.
Konsep persandingan pula bertemakan Perkahwinan Taman Di Tepi Tasik iaitu di Marina Putrajaya. Setiap pasangan dicaj hanya RM6,000 sahaja untuk pakej perkahwinan yang sungguh istimewa ini yang harga sebenar mencecah hampir RM60,000 iaitu 10 kali ganda dari harga yang dikenakan. Persandingan dalam taman di tepi tasik tampak sungguh mewah dan amat menarik buat pasangan-pasangan mempelai dan tetamu-tetamu mereka. Bestnya!
Tujuan Mega WeddingMalaysia ialah untuk membantu pasangan pengantin meringankan bebanan belanja perkahwinan tetapi masih dapat melalui pengalaman yang indah dan mewah ala persandingan artis-artis kepujaan mereka di Malaysia. Inisiatif ini sebenarnya adalah usahasama pelbagai usahawan bumiputra dari pelbagai industri. Projek ini boleh dikatakan non-profit dan merupakan awareness dan bantuan untuk bakal pengantin dan ibubapa pengantin yang kurang mampu. Penganjur bersama acara ini ialah Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Impian Wedding & Events dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya.
Pasangan pengantin mendapat pakej seperti dibawah dengan bayaran RM6,000.00
  1. 200 pax jemputan untuk setiap pasangan
  2. Menu Briyani istimewa
  3. Live show daripada band terpilih
  4. Deejay Jemputan dan PA System
  5. “Door Gift” untuk setiap tetamu
  6. Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
  7. Liputan khas daripada media
  8. Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
  9. Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
  10. Pelamin Ekskulif istimewa
  11. Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
  12. Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
  13. Kek Kahwin untuk semua pasangan
  14. Penginapan satu malam di Pullman Putrajaya untuk semua pasangan baru

Senarai Penaja
  1. Wedding.com.my (Offical portal Mega Wedding Malaysia)
  2. KL Wedding Ministry (Tatarias Pelamin Mega)
  3. Sweet pictures (Official Photo & video)
  4. Kadlawo.com (kad kahwin)
  5. Scarfbucks
  6. Yann Rifft Team (Makeup)
  7. My Photobooth
  8. Coffee Corner Faizal Azzuuri
  9. Hunny Creations Event
  10. Eddie Photo Video
  11. KayGifts
  12. iBawal
  13. Pullman Hotel & Resorts Putrajaya
  14. Marina Putrajaya
  15. Cruise Tasik Putrajaya
Mega Wedding Edisi 2.0 adalah pada 25 Mac 2017 & 28 Oktober 2017 di Marina Putrajaya. Pendaftaran akan dibuka mulai November ini di website www.megawedding.my (website belum update pakej) pada harga RM7,000.

Untuk maklumat lanjut, terjah dorang punya social media okayy :
Facebook: www.facebook.com/megaweddingmalaysia
Instagram: @megaweddingmalaysia
Email: info@megawedding.my

Post a Comment

0 Comments